PERSEDIAAN

EH (Malaysia) - - Kerja -

Urusan harian di pejabat dipenuhi dengan pelbagai agenda yang kadang masa lapan jam yang ada di pejabat bagai tidak mencukupi. Apa lagi waktu yang ada itu terpaksa dihabiskan di dalam bilik mesyuarat yang boleh mengambil masa yang lama dan kadang membunuh kreativiti serta produktiviti kerja. EH! memberi ilham buat anda menjadikan setiap perjumpaan mesyuarat lebih efektif buat semua.

FOKUS

Setiap ahli mesyuarat perlu faham dengan jelas visi mesyuarat diadakan. Setiap sesi harus datang dengan fokus tersendiri dan jangan mencampuradukkan banyak perkara dalam satu mesyuarat. Hal ini penting supaya setiap kali tugasan dijalankan tiada kecelaruan info atau ketidakjelasan tugas kerja yang perlu dilakukan.

Sebelum melangkah ke bilik mesyuarat pastikan anda betulbetul siap dengan persediaan yang ingin dibentangkan. Hal ini penting supaya anda tidak hilang arah dalam perbincangan dan untuk mengelakkan anda daripada tidak menyumbang apa-apa dalam mesyuarat tersebut. Lakukan kajian lengkap – baik dan buruk atau apa yang patut atau tidak dalam perkara. Bawa beberapa rujukan untuk meyakinkan semua ahli mesyuarat dan suarakan pendapat anda.

DENGAR & TULIS

Ramai yang terlepas pandang kepentingan menulis segala hujah dalam mesyuarat. Tajamkan pendengaran dan tulis semua perkara penting supaya apabila tugas dilakukan anda tidak tertinggal perkara-perkara

Layari WWW.EH.COM.MY

Yang Boleh & Tidak Dalam Bilik

Mesyuarat. yang arus dilaksanakan. Kepada bos atau ketua dalam mesyuarat anda juga harus lakukan perkara yang sama. Dengar apa yang disampaikan pekerja anda dan take note segala perihal yang dibincangkan dalam mesyuarat.

KAJI KESILAPAN DAN AJUKAN CADANGAN

Setiap tugasan baru harus berlandaskan pengalaman melakukan tugasan sebelumnya. Dengan cara ini anda mampu melihat baik buruk sesuatu perkara sebelum perlaksanaan. Paling penting untuk tidak mencari salah tanpa mengeluarkan pendapat bagaimana untuk mengatasi masalah yang ada. Ingat dengan menuding jari pada kesilapan terhadap satu-satu isu tidak membantu dalam perkembangan kerja. Harus seiring dengan jalan penyelesaian. Jika tidak perjumpaan yang dilakukan hanya sia-sia.

MAINKAN PERANAN

Dalam setiap perjumpaan mesyuarat pasti akan ada gangguan seperti lari daripada tujuan asal. Mainkan peranan anda untuk mengembalikan mesyuarat ke topik asal. Berikut dua cara yang boleh dicuba:

THE PARKING LOT

Jika ada salah satu daripada ahli mesyuarat berbicara tentang topik berbeza kembalikan perhatian semua dengan berkata “Perkara tersebut menarik untuk dibincangkan tetapi apa kata kita fokus terlebih dahulu tentang apa yang kita bincangkan awal tadi.”

THE TIME KEEPER

Jika anda mendapati mesyuarat memakan masa yang lama dengan membincangkan perkara yang tidak perlu cuba hentikan dengan cara yang baik. “Not bad at all. Tapi kita ada kurang 15 minit untuk capai kata setuju tentang perkara yang dibincangkan ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.