GARAGE 51

KEUNIKANNYA BUKAN HANYA PADA HIASAN DEKORASI, RANGKAIAN MINUMAN DAN MAKANAN YANG PASTI MENJADI PENGGEMAR KOPI TEMPATAN.

EH (Malaysia) - - Santai Kota -

okasinya terletak di Bandar Sunway, jauh dari kesesakan kota. Sebuah kafe yang semakin rancak dibualkan oleh penggemar kopi. Garage 51 adalah ilham dua beradik lelaki yang mahu membuka sebuah kafe ketika masih menuntut di Melbourne lagi. Mereka ingin membawa coffee culture Melbourne ke Malaysia bermula dengan pembukaan kafe pertama mereka iaitu Caffee Societe di Publika. Bermula perlahan, mereka kerap kali menerima aduan dari pelanggan yang tidak mendapat tempat duduk, membenarkan mereka merealisasikan pembukaan kafe kedua.

Setibanya di sana saya disambut oleh salah seorang pemilik, Choong Kar Heng. “Nama Garage 51 hadir cukup mudah,” jawabnya ketika ditanya mengenai nama kafe ini. Menurutnya, ia adalah kombinasi tapak kafe ini yang merupakan sebuah garaj kereta yang cukup autentik dan 51 pula adalah nombor lot garaj tersebut.

Berbeza dari kafe pertama, konsep yang cuba diperkenalkan ini cukup unik. Melangkah masuk pengunjung akan terus melihat sebuah kontena yang menempatkan dapur Garage 51 dan di atasnya terletak kerusi dan meja untuk pelanggan. Hiasan dalaman serta dekorasi menyuntik elemen industrial yang segar. Lebih sleek dengan hanya menggunakan dinding warna hitam dan putih pada keseluruhan konsep kafe. Lebih istimewa perabot yang digunakan adalah dari barangan terpakai yang dikitar semula.

“Secawan kopi yang sempurna mestilah seimbang rasa pahit dan masamnya,” menurut Kar Heng. Kopi di Garage 51 menggunakan societe blend yang menghasilkan kopi yang mild sesuai diminum sepanjang hari. Tidak terlalu kuat atau terlalu ringan rasanya.

Selain turut menyediakan hidangan kopi normal, Garage 51 turut menghidangkan kopi yang menggunakan biji kopi yang berasal dari Indonesia, Ethiopia dan Kenya yang setiap satu mempunyai rasa yang berbeza. “Kegemaran saya adalah campuran kopi dari Ethiopia yang menghasilkan aroma beri dan floral yang wangi,” bilangnya lagi. Kopi yang dihidangkan kepada pelanggan dipantau kualitinya setiap hari. Sebelum pintu kedai dibuka, mereka akan mencuba sendiri espresso yang dihasilkan dan proses ini akan diulangi beberapa kali agar rasa kopi yang dihasilkan konsisten sepanjang hari.

Pada saya, tidak sempurna hidangan secangkir kopi pada petang hari tanpa sepotong kek. Kesemua pencuci mulut dan pastri yang terdapat di sini dibuat sendiri oleh ibu pemilik. Buat sweet tooth, jangan lupa untuk mencuba sendiri kek red velvet dan kek karot walnut selain kek marble cheese yang sungguh lazat. Dapur Garage 51 turut menyediakan hidangan brunch. Awesome Garage Breakfast antara yang perlu anda cuba.

Buat penggemar kopi lokal, Garage 51 adalah destinasi yang perlu anda kunjungi dalam jelajah kafe di sekitar Lembah Klang. Coffee Societe juga ada berita baik buat anda. Mereka akan membuka kafe ketiga yang menjanjikan kelainan dan konsep luar biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.