APA ITU KOPI RENDAH ASID?

EH (Malaysia) - - Berita Santai -

ula diperkenalkan pada tahun 1977, jenama Kopiko dikenali oleh kebanyakan kita kerana gula-gula kopinya. Tidak hanya mahu terikat pada idea tersebut tahun lalu Kopiko memperkenalkan kopi pra-campuran (3 in 1) yang disebut sebagai Low-Acid Coffee atau LA Coffee yang menjadi fokus mereka kini. Bertempat di PT Mayora Indah Jakarta, EH! melihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan kopi rendah asid serta sistem pemprosesannya.

Menurut wakil PT Mayora Indah, mereka mahu dikenali sebagai pakar dalam pemprosesan kopi terbaik buat penggemar kopi. Beberapa proses utama diterangkan berlandaskan tiga kunci utamanya iaitu menghasilkan kopi rendah asid, kaya dengan aroma dan rasa kopi sebenar. Kami dibawa ke kawasan kilang bagaimana proses kopi pra-campuran ini dihasilkan. Daripada cara memanggang sehingga proses mengenal pasti kopi yang disebut coffee cupping dilakukan dengan penuh terperinci sebelum setiap kopi ini menjalani proses akhir.

Proses pemilihan biji kopi berkualiti menjadi keutamaan mereka. Beberapa sesi iaitu proses mendapatkan rasa kopi sebenar dilakukan daripada mengenal biji kopi sama ada datang dari jenis Arabica atau Robusta. Menurut wakil PT Mayora Indah, kopi jenis Arabica lebih rumit penghasilannya berbanding Robusta yang lebih mudah dengan kos yang lebih rendah. Keunikan kopi keluaran jenama ini adalah dengan menggunakan formula yang menggabungkan dua jenis kopi ini bagi menghasilkan rasa dan aroma yang lebih baik. Rangkaian L.A Coffee menghasilkan aroma yang lebih kuat dengan pengurangan jumlah asid yang bertindak balas dengan sistem penghadaman. Ia mengurangkan masalah seperti ‘shacking’ atau dalam setiap sisipan kopi yang diambil dan pada masa yang sama mengekalkan rasa sebenar biji kopi yang telah diproses.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.