ROAD SHOW EH! 2014

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Sempena ulang tahun EH! yang ke-15 Oktober lalu, krew EH! menjelajah di sekitar Lembah Klang untuk sesi bertemu pembaca setia EH!. Bermula pada September lalu, kami menjengah ke SACC Mall, Shah Alam, Subang Parade dan Central Market.

Mereka yang sudi meluangkan masa bersama kami diberikan majalah EH! edisi lalu dan juga berpeluang membawa pulang beg bingkisan berisi pelbagai item bagi mereka yang menekan butang ‘Like’ di fan page EH! Malaysia.

Permainan ‘Teka Artis Anda’ juga diadakan untuk memeriahkan lagi road show yang berlangsung selama sejam itu. Dan sewaktu road show berlangsung, para pembaca EH! turut berpeluang mendapatkan tiket Konsert EH! yang berlangsung bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.