PALING ‘CANTIK’

EH (Malaysia) - - Inilah Lelaki -

satu artikel Financial Times – From Machismo to Moisturizer, seorang lelaki bernama Lee Byung-Chul ditemubual tentang obsesinya dalam memastikan wajahnya sempurna setiap kali sebelum melangkah keluar rumah. Menurut lelaki berusia 30 tahun ini dia memperuntukkan masa tertentu bagi memastikan wajahnya dirapi sebetulnya. Bermula dengan pencuci diikuti penyegar, serum, pelembap dan tabir suria. Tidak terhenti disitu dia turut menggunakan bedak asas, salap bibir dan maskara.

Rutin ini saya kira amat asing di Malaysia namun di Korea rutin ini merupakan satu kebiasaan lelaki di sana. Tambah Byung-Chul lagi apa yang paling penting dalam proses bersiap ini adalah untuk memastikan semuanya kelihatan asli. Dr. Park Byung-Soon, pakar surgeri salah satu klinik wajah di Seoul, Cellpark memberitahu lelaki Korea dilahirkan dengan bentuk wajah yang agak besar dan hal ini merupakan dilema kebanyakan lelaki di sana. Idea memiliki wajah yang kecil dan berbentuk merupakan kekuatan untuk mereka mendapat perhatian kehidupan sosial.

Golongan lelaki begini menurut Faine Greenwood disebut sebagai Flower Men yang memberi interpretasi gaya hidup wanita dalam kehidupan seorang lelaki. Mereka percaya akan formula The Power of Appearance mampu mengubah diri mereka secara total. Baik fizikal, minda dan jiwa – keyakinan dibina apabila mereka mampu berjalan bangga dengan keyakinan yang dicipta daripada penampilan tadi. Kegilaan menjadi cantik sempurna ini tidak hanya terikat pada lelaki Korea. Jun lalu seorang lelaki Brazil melakukan sepuluh prosedur pembedahan wajah termasuk kelopak mata, hidung dan dagu. Tidak terhenti di situ dia turut menukar nama kepada Xiahn Nishi dengan alasan untuk menjadi lebih Asia. Dan saat ditanya akhbar The Sydney Morning Herald menagpa dia mahu menajdi seperti lelaki Korea Xiahn menjawab “ tertentu dijemput untuk berkongsi pendapat juga pengalaman sekitar idea dunia cantik lelaki. Dalam salah satu episod program ini, seorang doktor dijemput membincangkan hal ini dan menurutnya memiliki wajah sempurna merupakan perkara penting hari ini dalam mencapai kedudukan sosial dan kewangan. Dalam erti kata lain jika seseorang lelaki itu memiliki fizikal sempurna mereka akan lebih dipandang serius dan profesional.

G-Dragon yang merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Pop, Big Bang antara ikon kebanyakan lelaki Korea. G-Dragon atau GD pernah menjadi wajah utama kempen The Saem mewakili semua produk yang kebiasaannya digunakan oleh wanita. Daripada koleksi pupur wajah, maskara sehingga gincu dan semua produk ini dicipta khusus untuk lelaki. Penjualan produk-produk ini menjadi antara item yang paling tinggi penjualannya sepanjang tahun ini menurut satu laporan yang dikeluarkan Korean Standard Premium Brand Index. Secara umumnya saya bertanya kepada beberapa kenalan tentang kegilaan mereka terhadap drama, muzik dan selebriti Korea. Kebanyakannya menjawab ia datang daripada pengaruh drama dan program televisyen – mereka jatuh cinta dengan karakter yang dicipta sang sutradara dan selepas itu segala gerak-gerak peribadi dan rencana kerjaya menjadi kegilaan. Jumlah penggemar K-Pop berbangsa Melayu bukan sedikit. Dari anak gadis sehingga ke mak orang semuanya menggila dengan fenomena Korean Wave ini. Antara drama popular yang membawa gelombang ini adalah My Love From The Star, Reply 1994, Boys Over Flowers dan tentu saja game show terkenal Running Man. Dalam satu bual kosong saya bersama teman yang gila dengan bintang Korea berkata, lelaki Korea tak macam lelaki Malaysia yang malas bersiap dan hanya mengharapkan wanita sahaja yang perlu berhias cantik. Lelaki juga harus bijak bergaya. Tak semestinya menjadi sesempurna bintang K-Pop tapi cukup sekadar sedap mata memandang dan janganlah selekeh sangat! Tidak sekadar punya jutaan peminat kerana rupa, mereka hadir seiring pakej bakat sempurna. Mula mengasah bakat di bawah pengurusan YG Entertainment seawal usia 12 tahun, Taeyang merupakan ahli Big Bang yang paling popular. Buat yang masih belum kenal saya cadangkan anda tonton muzik video Eyes, Nose, Lip di saluran YouTube.

TAEYANG, 26

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.