“FLOWER MEN”

EH (Malaysia) - - Inilah Lelaki -

ukan lagi perihal yang konservatif bagi seorang lelaki hari ini gila melaram. Tetapi budaya berpakai cantik kemas ini awalnya dulu hanya untuk melambangkan status seseorang lelaki. Menyarung sut lengkap, aksesori jam tangan yang harganya boleh mencapai puluhan ribu ringgit atau memandu Cadillac hitam sebagai lambang kemegahan seseorang lelaki. Hari ini berbeza, Generasi Y gila bercantik rupa paras dan semuanya bermula dengan budaya cantik masyarakat Korea. Jika di Malaysia saya kira tidaklah seekstrem di sana kerana lelaki kita sibuk membina badan. Siapa paling cantik bentuknya dialah yang paling disanjung dan yang paling penting mendapat jumlah Like paling tinggi di Instagram.

Mungkin lelaki kita masih konservatif atau tidaklah terlalu gila mendapat raut sempurna sehingga sanggup berhabis wang untuk pembedahan plastik. Jadi fokus mereka hanya untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dengan harapan badan yang cantik tadi mampu membuat mereka kelihatan lebih menarik. Namun itu lelaki kita, lelaki di Korea Selatan berbeza kerana setiap sisi baik wajah, badan, rambut dan semuanya harus sempurna.

Satu kajian yang dilakukan sebuah firma kajian dunia, Euromonitor International menyatakan pada tahun 2011 penjualan kosmetik lelaki meningkat sehingga 21 peratus dengan jumlah jualan USD$ 495 Juta. Jumlah ini meningkat sehingga dua kali ganda pada tahun berikutnya. Laporan ABC News melaporkan peningkatan jualan barangan perapian lelaki mencecah USD$ 885 Juta dengan kenaikan peratusan sehingga 79 peratus pada tahun 2013 berbanding tahun sebelumnya.

Dunia segak rapi jejaka Korea bukan lagi satu rutin tipikal lelaki biasa. Tidak hanya terikat dengan idea mencuci muka atau bercukur tetapi lebih daripada itu. Dalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.