BAGAIMANA PERGERAKAN FESYEN DI KOREA BERMULA SERTA FAKTOR PENYEBAB IA MENITI RADAR ANTARABANGSA.

EH (Malaysia) - - Stail -

S ejujurnya saya bukanlah peminat drama Korea jauh sekali mahu mengikuti tentang perkembangan kumpulan penyanyinya. Namun, pernah sekali menonton persembahan PSY di Future Music Festival 2013, itu pun kerana dia sepentas dengan Rita Ora. Tetapi persembahan PSY lebih energetik, biarpun nyayiannya dalam bahasa Korea, ramai yang boleh mengikuti setiap lirik termasuklah tarian signaturenya. Jadi tidak hairanlah mengapa video ‘Gangnam Style’ mendapat pengunjung di Youtube lebih dari 2 bilion.

Rentetan itu, kumpulan penyanyi Snoop Dogg juga pernah terbang ke Korea untuk merakamkan video berjudul ‘Hangover’ untuk kolaborasinya bersama PSY dan sehingga hari ini mencatat lebih 100 juta pengunjung di Youtube. Faktor ini sedikit sebanyak mempengaruhi kebangkitan muzik Korea sekali gus membuka laluan yang mudah untuk budaya, gaya hidup serta perkenalan fesyennya di mata luar. Cool, kerajaan Korea telah membelanjakan perbelanjaan mencecah angka bilion bagi membentuk negara mereka sebagai pengeksport nombor satu dalam budaya pop di dunia, perbelanjaan ini termasuklah untuk mengukuhkan sambungan internet jalur lebar mereka. The idea is that if you create the supply, the demand will follow. Yes, it seems worked. Ini merupakan satu kaedah yang dilakukan oleh kerajaannya yang dipanggil soft power yakni keupayaan untuk menarik masyarakat luar terutama generasi muda mengenal ‘isi kandungan’ Korea.

Tahun 1994 menyaksikan kerajaan Korea Selatan mengurangkan penyekatan visa untuk pengunjung, serta menawarkan lebih banyak kursus untuk pelajar asing mendaftar di universiti mereka. Secara tidak langsung inisiatif ini merupakan ‘duta’ bagi mendekatkan dunia luar. Cara lain, membelanjakan wang cukai untuk penterjemahan K-drama dalam bahasa lain untuk pasaran luar. Bayangkan, jika hari ini rata penduduk di Kazahkstan tidak mampu membeli telefon pintar, tetapi lima tahun akan datang, tidak mustahil jenama Samsung menjadi sasaran belian mereka setelah apa yang dilihat dalam K-drama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.