TIP PENGGAYAAN

EH (Malaysia) - - 101 Ilham -

1 Beri perhatian kepada pemakaian setiap pagi supaya anda berada dalam mood terbaik untuk ke pejabat. Elakkan memakai stail yang sama setiap hari untuk mengelakkan ia menjadi rutin harian yang membosankan. Eksperimen gaya yang berbeza biar memberikan keseronokan yang mengujakan setiap kali anda bangun dari tidur. 2 Selipar, fishnet tight, seluar cut-off, baju jarang dan kasut sniker adalah antara item yang perlu dielakkan jika anda berada dalam kerjaya profesional. Jika bosan dengan pakaian kerja anda, cuba suntikkan warna terang yang lebih segar seperti pada beg tangan dan kasut. 3 Kerjaya profesional mahu anda kelihatan formal untuk ke pejabat. Dalam mengekalkan gaya lebih klasik sebagai asas, tambah satu item untuk membuat statement gaya. Mainan aksesori seperti rantai dempak atau anting-anting juga jaket moden akan memberi kontra gaya yang lebih fun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.