TIGA ITEM PENTING GADIS HIJAB

EH (Malaysia) - - Lensa Kamera -

Jaket denim atau kulit: Saya banyak membuat rujukan gaya ini di majalah fesyen antarabangsa dan cuba untuk disesuaikan dengan gaya berhijab. Jaket denim yang paling saya suka adalah efek acid wash denim. Ronanya klasik dan tidak lapuk dek zaman. Rantai etnik yang panjang: Aksesori pula jenis rantai etnik ataupun rantai manik yang panjang melepasi lilitan hijab. Satu aksesori statement seperti ini sudah cukup untuk saya. Less is more! Kasut but: Kasut but sesuai dengan pencinta muzik rock ‘n’ roll seperti saya. Biasanya saya akan memilih dari material kulit kerana ia dapat menonjolkan gaya ringkas tampil lebih bercita rasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.