PENGALAMAN PENGGAMBARAN HARI INI

EH (Malaysia) - - Stail -

Yakin. Merupakan perkara yang saya belajar hari ini. Sebelum ini hanya mengambil gambar OOTD yang dirakam dari lensa suami atau rakan sahaja. Walaupun saya bersaiz L, saya juga mampu memberikan gaya persis model sekiranya selesa dengan saiz dan bentuk badan sendiri – Love your body. Sebenarnya bukan mudah untuk bergaya di depan kamera. Ekspresi muka juga penting untuk menjadikan mesej gambar itu dapat disampaikan dan lebih ‘hidup’. Peluang menyertai penggambaran fesyen sebegini semestinya antara kenangan manis yang saya tak akan lupakan. Banyak yang saya pelajari sepanjang penggambaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.