EVOLUSI GAYA

EH (Malaysia) - - Stail -

Saya seorang yang berjiwa eksperimental dalam berfesyen. Dahulu apa sahaja gaya yang trendy pada masa itu, pasti saya ikut. Jika dulu saya suka gaya yang feminin seperti gaun dan warna-warna pastel tapi kini lebih gemar gaya maskulin dan cool. Bila umur makin meningkat, gaya semakin ringkas dan mudah. Saya semakin pandai menata gaya peribadi mengikut cita rasa dan minat seiring jiwa. Bagi saya, Guess adalah jenama yang paling serasi dengan gaya saya kini. Rekaan denimnya pelbagai, memudahkan untuk dipakai dengan apa jua bentuk badan, sesuai dengan pelbagai jenis saiz dan bentuk badan, dan paling utama ia selesa!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.