SOLUSI UNTUK MATA KECIL

EH (Malaysia) - - Wangian -

Maybelline memperkenalkan inovasi terbarunya, tambahan terkini dalam rangkaian maskara Volum’ Express . BIG EYES MASCARA merupakan maskara dwi-hujung pertama yang memberikan kawalan penuh pada bulu mata bagi mendapatkan mata yang 2X lebih besar dengan hanya sekali palitan. Pink Fong, Pengurus Pemasaran bagi Maybelline Malaysia, ketika menghadiri pelancaran produk itu menerangkan bahawa BIG EYES MASCARA ini dirumus khas untuk menyelesaikan masalah yang biasa dialami wanita yang inginkan efek mata besar. “Antara kerisauan utama yang dihadapi wanita Asia ketika bersolek adalah bagaimana caranya untuk menyolek mata. Semua inginkan mata yang kelihatan besar dan menawan kerana kebanyakan daripada kita berhadapan dengan masalah yang sama, seperti mata kecil, mata kuyu, bulu mata yang pendek, atau bulu mata yang tidak boleh lentik, walaupun setelah anda cuba melentikkannya berkali-kali!”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.