JENAMA PENJAGAAN KULIT DARI KOREA SORABEE KINI DI MALAYSIA

EH (Malaysia) - - Wangian -

Penampilan kali pertama produk kecantikan premier Sorabee oleh Amaranth Cosmetics di Malaysia melalui majlis pelancaran istimewa dihadiri tetamu jemputan dan rakan media. Kini peminat bintang K-pop juga mendapat peluang memanjakan diri melalui kaedah sama yang digunakan idola mereka yang sentiasa kelihatan muda dan cerah berseri walau dengan wajah polos atau dirias rapi. Hadir di majlis pelancaran, Pengerusi Amaranth Co Ltd Korea, Choi Chan-Ki, Chow Hoong Kit, Pengarah Urusan K Beautyzone Sdn Bhd. Acara ini turut memperkenalkan siri Sorabee Skin Care yang dipatenkan, yang mana ia adalah yang pertama di dunia dihasilkan menggunakan ekstrak kolagen marin tapak sulaiman, diyakini mampu mengekalkan kelembapan kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.