Lingkungan Sentuhan

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Teknik Clarins Touch, iaitu kaedah yang mengaplikasi sentuhan dalam rawatan kecantikan wajah dan badan dirintis pada tahun 1954 oleh pelopor jenama antarabangsa, Jacques Courtin-Clarins. Institut pertama dibuka di Rue Tronchet, Perancis dimana dia mengajar fisioterapi dan rawatan kecantikan eksklusif yang menggunakan kaedah urutan badan dan wajah tradisional.

Sempena ulang tahun ke-60 Clarins, The Art of Touch diperkenalkan kepada dunia melalui rawatan baru untuk tubuh dan wajah. Ia adalah gabungan kepakaran teknik urutan manual dan penggunaan produk eksklusif yang memberi hasil memuaskan. Seni rawatan kecantikan ini menggabungkan tiga langkah sempurna iaitu:

Keseimbangan Sentuhan

Pengguna akan dilayan oleh perawat kecantikan yang telah dilatih untuk memberi khidmat profesional. Perawat akan menumpukan kawasan penting pada tubuh, antaranya tangan dan kaki serta wajah iaitu di bahagian kepala. Ia bertujuan untuk memberi keselesaan kepada kawasan yang menjadi tumpuan utama selepas seharian bekerja atau melakukan pelbagai aktiviti.

Rangsangan Sentuhan

Teknik ini menggalakkan tenaga mengalir bebas dalam badan dengan aplikasi teknik urutan berirama yang diilhamkan daripada shen shiatsu. Perawat kecantikan menggunakan tapak tangan untuk melancarkan aliran darah.

Pelengkap kepada rawatan eksklusif ini, dengan menggunakan produk terpilih Clarins, perawat kecantikan akan membuatkan tubuh terasa segar dan bertenaga, justeru membolehkan tubuh meresap kebaikan produk dengan baik.

Formula baru Clarins PRO, Pure-Melt Massage Body Butter digunakan di sepanjang proses urutan The Art of Touch. Ia mempunyai tekstur lembut dan meresap secara terus ke dalam kulit dalam setiap sapuan. Ini membolehkan urutan dilakukan dengan lancar tanpa kesakitan pada kulit yang kering, apatah lagi kulit lembap. Mengandungi Treatment Water dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.