4 TIP PENTING ELAK JERAWAT MATANG:

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Manusia akan berdepan dengan masalah jerawat seawal usia remaja lagi. Ketika itu, penyebab jerawat adalah kerana pengembangan hormon sekunder lelaki (androgen) terhadap lelaki atau perempuan yang menyebabkan penghasilan lebihan rembesan minyak pada kelenjar kulit. Namun, apabila usia meningkat dewasa, jerawat adalah disebabkan pelbagai perkara yang terjadi secara dalaman mahupun luaran. Antaranya adalah stres dan perubahan tahap hormon yang terhasil seperti menopaus atau perubahan penggunaan pil perancang kehamilan. Ada juga jenis ubat-ubatan dan dadah yang boleh mendorong kepada masalah jerawat.

Cuba makanan tambahan yang mengandungi zink. Ia terbukti membantu merawat radang jerawat selain menjadi mineral penting yang memberi kebaikan kepada sistem imunisasi. Juga mampu menstabilkan hormon dan mengurangkan tahap hormon androgen dalam badan.

Jaga organ hati anda. Hati bertanggungjawab untuk membersihkan toksin dari badan, justeru kurangkan pengambilan kafein dan alkohol untuk badan dan juga wajah lebih sihat.

Kurangkan gula, lemak dan makanan ringan!

Cara anda menangani stres penting bagi menangani ketidakseimbangan hormon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.