“Many are still don’t realize how their daily actions impact the environment they live in.”

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

arang kita mendengar tentang wanita yang hadir dengan visi jelas memelihara dan memulihara alam sekitar. Personaliti yang satu ini peka dengan isu ini. Banyak yang saya baca tentang aspirasi luar biasa wanita ini dan rata-ratanya melabel dia sebagai individu yang sinonim bagi menyelamatkan bumi yang kita huni hari ini. Yasmin menyediakan platform buat anak muda hari ini untuk lebih dekat dengan gaya hidup yang betul dalam memelihara alam sekitar dengan cara yang lebih kreatif dan menyeronokkan. Kami di EH! bertuah dapat berkongsi cerita bersama wanita ini. impact the environment they live in. Hal ini sesuatu yang membimbangkan terutama bagi generasi hari ini yang hidup dalam kepesatan teknologi dan kekurangan pendedahan terhadap isu ini. Belum ada satu sistem pemikiran yang kuat dan kerana itu organisasi bebas seperti EcoKnights ini penting dalam terus menyampaikan mesej berguna pada semua.

Pada pandangan anda apa yang boleh dilakukan anak muda hari ini dalam menyumbang sesuatu yang berguna buat bumi?

Banyak sebenarnya. Persoalan utama adakah mereka peduli atau sebaliknya? Kurangnya inspirasi dan satu kerahan positif membuatkan ramai yang tidak mengendahkan hal ini. Pendedahan yang betul harus ada dan sejujurnya saya bertemu dengan sangat ramai anak muda yang tahu akan tanggungjawab mereka secara individu yang peka akan hal ini. Asas yang betul harus ada kerana saya percaya jika minat dipupuk sejak dari awal banyak perkara baik yang kita boleh sumbangkan buat alam sekitar.

Perihal yang mengecewakan anda tentang sikap manusia hari ini terhadap alam sekitar?

kita dalam mengendali teknologi ke arah yang positif. Saya masih tidak nampak inovasi baru yang serius dalam membantu isu alam sekitar ini.

berkaitan alam sekitar diadakan bagi membantu memberi kesedaran kepada masyarakat. Boleh ceritakan sedikit tentang hal ini?

Kem yang diberi nama The Knights of Nature Sustainability ini memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan dalam memberi kesedaran terhadap persekitaran seharian kita di muka bumi. Tentang bagaimana kelangsungan kehidupan boleh dilalui dengan memahami kepentingan menjaga alam sekitar. Sebanyak 3 kem diadakan setiap tahun dan untuk Kuala Lumpur Eco Film Festival pula sudah memasuki tahun kelapan tahun ini. Saya lihat ia sudah berkembang menjadi satu platform yang baik dalam berkongsi ilmu berguna akan isu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.