Tentang EcoKnights

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

Anda merupakan seorang ahli biologi dan dikenali sebagai seorang environmentalist. Boleh ceritakan sedikit bagaimana minat akan kesedaran terhadap alam sekitar ini bermula?

Sebenarnya ia tidak datang secara sendiri. Ketika di bangku sekolah dulu minat terhadap ilmu sains terutama dalam Marine Biology membawa saya kepada fasa untuk mengambil tahu akan kepentingan menjaga alam sekitar. Dan minat ini saya teruskan dalam pembelajaran di peringkat lebih tinggi di Duke University, Amerika Syarikat dan peluang menuntut ilmu di Nicholas School of Environment membuatkan saya tahu inilah destiny yang mahu saya capai dalam kerjaya.

EcoKnights merupakan badan bebas yang saya tubuhkan pada tahun 2005 bagi membuka mata anak muda akan kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang lebih menyeronokkan dan kreatif. Beberapa projek khusus diadakan bagi meneruskan kelangsungan dalam memberi kesedaran terhadap anak muda khususnya betapa pentingnya untuk kita mengamalkan satu gaya hidup yang sihat dalam menjaga bumi yang kita huni ini.

Bagaimana anda melihat kesedaran rakyat malaysia terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar?

Secara umumnya saya kira ramai yang tidak begitu mempedulikan isu ini dan memandang ringan tentang kepentingannya. Many are still don’t realize how their daily actions

Generasi hari ini adalah generasi yang tidak lagi membaca surat khabar atau buku tetapi percaya pada apa yang disebarkan di media sosial. Hal ini agak mengecewakan kerana saya tidak nampak kebijaksanaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.