Anda juga merupakan seorang DJ?

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

Menjadi laluan semula jadi kepada saya kerana sejak kecil lagi saya banyak membantu ibu yang memang sudah terlibat dalam bidang F&B. Sama ada di dapur mahupun sebagai pelayan menyajikan makanan kepada pelanggan. Kedua-dua cukup berbeza tetapi memberikan kepuasan dan ganjaran tersendiri.

Apa cabaran yang anda tempuhi setiap hari?

Cabaran hadir dalam pelbagai bentuk. Antaranya berkaitan dengan isu pekerja, sistem operasi dan memastikan semua kafe mampu mengekalkan kualiti dan servis yang terbaik. Mencari pembekal yang boleh dipercayai dan membina reputasi juga hubungan bersama mereka juga amatlah penting. Sangat mudah untuk membina sebuah kafe, tetapi untuk mengekalkannya adalah yang susah.

Dari mana datangnya inspirasi untuk memulakan sebuah kafe?

Melancong membuka mata, dan inspirasi itu hadir dari tempat-tempat baru yang anda kunjungi. Penduduk dan budaya sesuatu tempat dan juga saya melihat sejauh mana ia boleh disatukan dengan apa yang kita ada.

Apakah visi anda?

Visi kami adalah mahu mengembangkan lagi syarikat ini tetapi secara berperingkat. Kami turut mahu mencabar konsep baru tanpa perlu melupakan apa yang telah membangunkan syarikat ini. Fokus utama kami adalah untuk menyediakan semuanya dari asas, sama ada roti dan pastri hinggalah makanan utama. Paling utama, kami mahu membina kafe yang dapat menyatukan komuniti.

DJ-ing adalah sesuatu yang saya lakukan sejak zaman persekolahan lagi kerana minat yang sangat mendalam pada muzik. Saya sangat bertuah diberikan peluang untuk berkongsi muzik yang saya suka bersama peminat muzik. Ia menjadi creative output yang berkesan untuk mengimbangi kerjaya yang sibuk.

Nasihat buat usahawan muda yang mahu mengikut jejak langkah anda?

Kenal pasti siapa pelanggan anda, lokasi anda sekarang dan produk yang anda mahu perkenalkan yang dapat set you apart dari pesaing anda nanti. Pastikan anda bersedia untuk berkorban masa yang lama dan mendedikasikan sepenuhnya hidup anda pada perniagaan. Once the ball starts, it cannot be stopped!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.