Untuk mencapai status atau merealisasikan impian sudah cukup mencabar, tetapi yang paling mencabar adalah untuk mengekalkan kejayaan. Bagaimana Shila cuba untuk sustain pencapaian sedia ada?

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

ermula sejak kecil lagi, kembara seni Shila Amzah untuk tiba ke peringkat yang dicapainya hari ini sungguh panjang. Tidak mudah! Namun atas daya usaha dan kesungguhan yang tidak pernah putus, akhirnya berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang penyanyi di kelasnya tersendiri. Kebolehannya menyanyikan lagu Mandarin dengan baik mungkin menjadi salah satu kelebihan dirinya. Bersama EH!, Shila berkongsi tip dan apa yang perlu untuk berjaya. Moga menjadi inspirasi kepada semua.

Apa falsafah hidup Shila

Kalau impikan sesuatu yang besar akan diselangi dengan dugaan yang besar. Tiada apa yang akan datang secara senang. Tempuhlah kesusahan yang berbaloi.

Shila sentiasa mengingatkan diri bahawa Shila ada banyak kekurangan. Dan disebabkan oleh itu Shila muhasabah diri untuk jadi lebih baik dan tidak suka untuk berada di zon selesa. Malah Shila akan mencabar diri untuk melakukan benda yang selalunya di luar jangkaan fikiran Shila sendiri. Dari situ peminat mahupun pencinta muzik lebih nampak usaha yang Shila bina dan dapat menyaksikan sendiri hasilnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.