DIA TIDAK MAMPU UNTUK MENDOMINASI HUBUNGAN INTIM KALIAN DEK MASALAH INI, SEKALI GUS MENGGUGAT HUBUNGAN CINTA YANG TERJALIN.

EH (Malaysia) - - Seks -

APA ITU EJAKULASI PRAMATANG? Ejakulasi pramatang (PE) adalah ketidakbolehan seseorang lelaki mengawal pancutan air mani sebelum atau sejurus selepas kemasukan zakar ketika melakukan hubungan intim. Ia terjadi apabila lelaki mengalami klimaks dan pancutan air mani berlaku tanpa atau dengan hanya sedikit rangsangan kepada zakar. Masalah ini biasa di kalangan lelaki Asia, namun dianggap tabu untuk dibicarakan akibat ego mahupun malu untuk mengakuinya. Kebanyakan lelaki tidak mahu berjumpa doktor melainkan penyakit mereka memerlukan mereka tinggal di hospital.

Baru-baru ini, kajian telah dilakukan oleh The Asia Pacific Premature Ejaculation Prevalence and Attitude Study (PEPA) ke atas 5,000 responden lelaki di 9 negara. Hasilnya, 31 peratus antara mereka menghidap PE namun hanya 7 peratus daripada mereka tampil ke depan untuk mendapatkan rawatan.

Tahukah anda, 2/3 daripada responden itu didiagnosis menghidap PE melalui Premature Ejaculation Diagnostic Tool (PEDT)? Bukan setakat itu, kini terdapat rawatan khusus dan ubat yang dirumus khas untuk memulihkan PE.

KEKELIRUAN UMUM Ramai yang masih tidak tahu mengenai PE dan menganggap penyakit ini sebagai Erectile Dysfunction (ED). ED adalah situasi dimana lelaki tidak mampu untuk merasai ereksi yang membantutkan proses klimaks. Selalunya ia berlaku terhadap lelaki berusia, manakala PE boleh berlaku kepada semua peringkat umur.

PUNCA PE boleh diklasifikasikan kepada penghidap seumur hidup atau sementara. Walau tiada penemuan rasmi mengenai perihal ini, namun ramai pakar beranggapan penghidap PE seumur hidup mendapat penyakit ini melalui rantaian genetik. Secara spesifik, PE adalah disebabkan faktor biologi saraf contohnya seperti tahap serotonin, iaitu sebatian yang terdapat dalam darah dan sel otak manusia yang mempengaruhi tahap serius PE pada diri seseorang.

PE sementara pula merangkumi faktor psikologi dan fisiologi dimana mereka mengalami aktiviti seks yang normal sebelum menghidap penyakit ini. Penyakit organik seperti jangkitan kuman pada kelenjar prostat atau tiroid boleh

Layari menyebabkan PE, manakala stres berterusan menjadi sebab utama penyakit ini dari segi psikologi.

KESAN Penting untuk mengesan penyakit ini sedari awal kerana bimbang ia memberi masalah dalam hubungan kelamin mereka bersama pasangan. Kajian menunjukkan hanya 38 peratus pasangan kepada penghidap PE yang berpuas hati dengan aktiviti seks mereka dimana ini boleh menyebabkan hubungan menjadi dingin dan tidak mesra.

Selain itu, PE boleh memberi impak kepada tahap keyakinan diri seseorang lelaki. Mereka berasa malu kerana tidak mampu untuk memuaskan kehendak seks pasangan sekaligus menyebabkan tekanan dan ketidakmampuan seseorang untuk memelihara hubungan terutamanya yang sudah berumah tangga.

Bukan sahaja ia mengganggu kehidupan penghidap PE, pasangan mereka juga menghadapi masalah sama dimana wanita diketahui memerlukan masa yang lebih lama untuk mencapai klimaks. 14 peratus daripada pasangan penghidap PE di Asia beranggapan bahawa PE boleh menyebabkan penceraian. 3 Mitos Seks Ramai

Fikir Benar.

DAPATKAN BANTUAN Kerana itu, peranan wanita dalam hal ini adalah penting untuk meyakinkan pasangan PE mereka untuk menjalani rawatan. Namun, umum mengetahui penduduk Asia terlalu tabu untuk membicarakan perihal seks. Selain itu, kesibukan kerja juga menjadi elemen utama dalam hidup berbanding hubungan seks bersama pasangan. Untuk lebih info mengenai ejakulasi pramatang, layari www.ControlPE.com.my.

WWW.EH.COM.MY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.