EMPING JAGUNG VS OAT

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

Ada banyak mitos atau individu yang menyatakan dengan menjauhkan pengambilan karbohidrat secara total adalah baik untuk menurunkan berat badan dan mampu memperlihatkan kesan segera. Ini adalah kenyataan yang salah sama sekali! Jika anda menghentikan pengambilan nutrisi penting ini, ia akan menyebabkan masalah besar seperti keletihan, kawalan emosi yang tidak stabil, kurang tumpuan, menaikkan selera terhadap makanan manis serta boleh mengakibatkan kenaikan berat badan yang lebih berbanding sebelumnya.

ROTI PUTIH VS ROTI GANDUM

Diakui roti putih sedap rasanya. Namun ia mengandungi gandum yang telah diproses dan ditapis, menyebabkan ia mengandungi gula dan memberi tenaga pada badan dalam masa yang singkat sahaja. Ia membuatkan anda cepat lapar dan makan dengan banyak sekali gus membuatkan anda bertenaga dalam masa yang singkat dan kemudian cepat penat kembali. Gula yang tidak digunakan (jika anda makan dan tidur selepas itu atau tidak bersenam) disimpan sebagai lemak.

Roti gandum mengandungi karbohidrat yang melepaskan tenaga secara beransur ansur. Ia membuatkan anda kenyang dalam jangka masa panjang dan tahap gula dalam darah stabil, menyebabkan anda lebih bertenaga, gembira serta dapat mengawal selera makan (terutamanya makanan manis) dengan baik. Roti rai juga bagus dimana ia mengandungi Vitamin B dan agen antioksida yang banyak. Ah, siapa yang tidak sukakan emping jagung dengan semangkuk susu sebagai sarapan pagi? Ketahuilah emping jagung mengandungi karbohidrat yang telah diproses. Walau ia tetap mengandungi sedikit vitamin dan mineral, ia tidak akan buat anda kenyang sehingga waktu makan seterusnya.

Oat melampiaskan tenaga secara perlahan, ia membuatkan anda kenyang dalam jangka masa panjang. Ia juga baik

Layari 5 Khasiat Lobak

Merah

ALTERNATIF:

MEE PUTIH VS MEE SOBA

Mee putih adalah karbohidrat yang diperbuat berasaskan telur. Ia mengandungi karbohidrat yang sama banyak dengan pasta.

Membuatkan anda kenyang dalam jangka masa yang lama dengan pemilihan mee soba. Ia diperbuat daripada beras perang yang mengandungi protein dan Vitamin B. Sama seperti pemilihan nasi - antara beras biasa dan beras perang.

ALTERNATIF:

WWW.EH.COM.MY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.