SUMBANG IDEA

EH (Malaysia) - - Kerja -

pertengahan kerja. Mungkin selama ini anda hanya mendengar isu krisis pertengahan umur dan isu ini sebenarnya mungkin juga berkaitan.

Tokoh motivasi dan career coach terkemuka Geradline Sinnema dalam satu artikel panjang yang ditulis menerusi laman sesawang miliknya menulis, krisis pertengahan karier ini boleh dikatakan sebagai satu fenomena era digital yang mana teknologi semakin pantas memaju pemikiran manusia yang membuatkan manusia hari ini semakin lelah dan penat mengejarnya – we are the product of the modern times sebut Sinnema lagi. Dia menyenarai pendek beberapa ciri-ciri utama jika seseorang itu mengalami epidemik ini. 1 Menaruh harapan tinggi (high expectation) dalam setiap lapangan kerja yang dilakukan. 2 Mahu menguasai situasi tanpa berkompromi dengan perkara remeh. 3 Mahu berada dalam kasta sosial yang tinggi dan berstatus. 4 Mengharapkan kesempurnaan dalam setiap perkara yang dilakukan. Empat perkara tersebut jika dilihat secara kasar adalah sesuatu yang baik kerana pada tahap ini individu memiliki visi jelas dalam apa yang mereka mahu capai. Namun tulis Sinnema lagi simptomsimptom ini jika tidak dapat dipenuhi akan mengakibatkan kemurungan, mempunyai rasa kehilangan dan akhirnya membawa anda memilih keputusan yang salah dalam kehidupan. Sinnema dalam artikel serupa turut mengenal pasti punca utama permasalahan ini berlaku. Antaranya pilihan kerjaya yang tidak tepat, perubahan drastik sistem kerja, tekanan kerja dan juga kerana kurangnya cabaran baru dalam bidang tugas yang diberi.

KENAL PASTI KEKURANGAN

Permasalahan monotoni dalam tugasan atau jika boleh disebut sebagai pengkhususan ini akan mendorong kepada kebosanan dan tiada lagi motivasi dalam menyempurnakan tugas. Dalam satu artikel BBC News – Dull Jobs Do Numb the Mind menyatakan jika hal ini terjadi seseorang individu tersebut akan berfikir tentang pilihan drastik untuk keluar bebas daripada apa yang sedang dilakukan tanpa mampu berfikir apa yang mereka boleh dilakukan jika mereka kekal di posisi serupa.

Emosi merupakan instrumen yang mampu diganggu dengan mudah. Usah terlalu larut dan over thinking. Lalui semuanya dengan rasional juga bijak akal. Beberapa cara boleh dilakukan untuk anda mengekalkan momentum kerja yang anda lakukan sekarang.

MASA

Ambil sedikit masa untuk berehat dan menyusun jadual kerja secara sistematik. Pastikan anda tidak melakukan kerja tanpa putus. Berehat setiap tiga atau empat jam selepas dalam tugasan. Hal ini penting untuk refresh dan mengembalikan momentum idea dalam tugasan.

RUTIN

Pelbagaikan rutin harian anda. Hidup bukan tentang kerja 24 jam. Harus ada masa untuk anda larikan diri daripada memikirkan tugasan di pejabat. Satu laporan Forbes mendapati individu tertentu yang terlalu bekerja keras dalam tugasan yang diberi mudah untuk stagnant dan bosan dalam jangka masa panjang.

RUANG

Persekitaran kerja seperti ruang interior membantu anda mendapat inspirasi melakukan tugasan. Jika anda tidak boleh melakukan tugasan yang diberi di pejabat apa kata anda luangkan masa di kafe-kafe dengan ambien yang lebih menyenangkan atau cukup sekadar melaksanakan tugasan di rumah. Bukan apa, pejabat kadang-kadang mudah membuat anda bosan terutama bila anda ada masalah dengan persekitaran anda.

Saling membantu dalam kelompok kerja membantu anda melihat sesuatu di luar kotak. Tidak salah berkongsi idea dengan teman sekerja sekalipun ia tiada kena mengena dengan apa yang anda lakukan kerana kadangkala yang orang fikir tidak sama dengan apa yang kita fikirkan.

‘METHOD BARU’

Cari satu penemuan baru bagaimana anda boleh menaik taraf kualiti kerja. Alternatif kepada rutin kerja yang membosankan. Di sini pentingnya skil melakukan kajian (research) dan perlaksanaan (method). Ubah kebiasaan tanpa melanggar syarat tugasan dan hasilkan sesuatu yang lebih segar beriring idea baru.

NETWORKING

Mungkin ramai yang tidak sedar dalam dunia hari ini networking adalah sesuatu yang amat penting untuk anda mendapat peluang. Lihat sahaja bagaimana manusia tanpa segulung ijazah mampu menjadi individu berpengaruh daripada anda yang berpelajaran lebih tinggi. Harus bijak membawa diri dan berkenalan dengan orang yang tepat bagi mendapat peluang yang sepatutnya.

Act Like A Success, Think Like A Success antara rujukan motivasi yang baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.