KEKASIH KHAYALAN DALAM PERHUBUNGAN INTIM

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

saya namun saya tahu itu tidak benar. Sejujurnya, saya tidak pernah bercinta, atau punyai kawan lelaki kerana terlalu malu untuk memulakan perhubungan. Saya sering menangis dan punyai emosi yang turun naik. Dan kini, keluarga sibuk mencari jodoh untuk saya namun perkara ini benar membebankan. Bagaimana jika pilihan mereka itu tidak menepati apa yang saya ingini? Saya sentiasa beranggapan yang suami saya nanti adalah sempurna seperti mana apa yang saya impikan selama ini.”

Wanita dan lelaki mempunyai tahap psikologi yang sama, namun apa yang membezakan adalah persekitaran hidup dan cara dibesarkan di mana ia mempengaruhi keadaan psikologi serta pertimbangan seseorang. Sebagai seorang graduan ijazah sarjana, gadis ini mempunyai kebijaksanaan yang memberangsangkan. Namun begitu, perkembangan seksual atau perkembangan sosialnya merudum hingga mengganggu pertimbangan psikologinya.

Dalam kehidupan sosial normal, kita akan melalui fasa pertama percintaan ketika dalam tempoh pra remaja yang kebanyakan dari kita jatuh hati pada individu yang tidak terjangkau dalam dunia realiti seperti pelakon, penyanyi dan ahli muzik serta personaliti popular. Ini adalah cara paling selamat untuk jauh cinta tanpa komitmen untuk terikat dalam perhubungan. Umur belasan tahun menyaksikan kebanyakan dari kita memendam perasaan kepada orang yang jauh lebih tua seperti guru atau orang dewasa yang mampu menarik perhatian.

Kemudian, hadirlah fasa dimana cinta monyet berlaku. Interaksi cinta dan tarikan kepada individu lain (kebiasaannya individu yang wujud dalam rangkaian rakan sekeliling). Perhubungan yang bermula daripada landas persahabatan ini mengajar kita bagaimana cara untuk berinteraksi secara personal, romantik dan pengenalan mengenai seks. Dengan kesemua fantasi, pengajaran (patah hati atau gembira dalam perhubungan) serta pengalaman ini membuatkan kita bersedia untuk melangkah fasa seterusnya iaitu alam perkahwinan atau perhubungan serius antara orang dewasa. ‘Latihan’ yang dilalui ini mengajar kita erti cinta, kehilangan, kesedihan, penolakan, tekanan, kegembiraan dan sebagainya.

Buat gadis di atas, kekasih khayalannya itu adalah salah satu proses untuk dia mengenali apa itu cinta dan membantu untuk dia bersedia menghadapi cinta sebenar dengan pasangannya suatu hari nanti. Perasaan kepada bintang televisyen atau penyanyi itu bersifat hanya sementara, dan ia akan dipindahkan secara total kepada pasangan cinta yang sebenar. Semua ini akan berubah kepada norma yang betul sebaik manusia mempunyai skop kenalan dan persekitaran kerja yang lebih besar. Menurut buku Romantic Relationships: A Psychologist Answers Frequently Asked Questions by Paul R. Robbin, fantasi tipikal wanita yang paling kerap dilakukan adalah membayangkan kekasih khayalan yang sempurna ketika bersanggama. Ini menandakan perhubungan seksual tidak sihat dan punyai masalah yang perlu diperbetulkan. Hubungan seks yang berjalan indah adalah mengenai penyatuan dua hati dan tubuh, justeru adalah salah untuk mempunyai ‘kekasih’ lain saat bersama pasangan sendiri. Dalam Islam juga menegah perbuatan ini iaitu membayangkan orang lain ketika berhubungan intim adalah haram yang mana membayangkan melakukan sesuatu yang haram dan membangkitkan syahwat bersama pasangan sejenis atau berlainan.

KEKASIH KHAYALAN JADI BAHAYA APABILA ..

Normal untuk mempunyai kekasih khayalan – seperti rasa minat anda pada Justin Timberlake atau David Beckham – namun ia jadi tidak normal apabila ia menjadi satu penyakit psikologi iaitu Schizoid Personality Disorder. Ia adalah keadaan yang menyebabkan anda kurang berminat dengan kehidupan sosial, cenderung untuk suka bersendirian, berahsia, emosi yang tidak stabil. Mereka yang menghidapi penyakit ini mempunyai kehidupan sempurna dalam dunia fantasi dan tidak memerlukan perhubungan sesama manusia dalam dunia sebenar.

Masalah ini mendorong kepada lebih banyak masalah psikologi yang berkait seperti bulimia, schizophrenia dan banyak lagi. Ia mengganggu sistem kekeluargaan dan hubungan bersama orang lain. Selain itu, ia boleh menyebabkan kurang rasa yakin diri yang boleh menyebabkan kesukaran membaiki kedudukan ekonomi (kewangan diri) akibat tidak fokus atau tidak mahu menjadi lebih baik kerana mereka sudah pun punyai kehidupan yang lebih tersusun dalam khayalan mereka sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.