BAGAIMANA ANDA TERLIBAT DALAM BIDANG LAKONAN?

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

Saya terlibat dalam salah satu program mencari bakat baru yang dianjurkan majalah tempatan dan dari situ saya mula dekat dengan bidang ini. Sesi casting pertama saya ketika itu bersama Filmscape dan selepas berjaya mendapatkan watak yang ditawarkan saya terus serius dalam bidang lakonan sehingga hari ini.

APA YANG ANDA HARAPKAN DALAM BIDANG INI?

Kejayaan semestinya. Misi saya untuk menjadi inspirasi dalam menyampaikan mesej positif dalam hidup.

IMPIAN TERBESAR ANDA?

Untuk memenuhi impian mak. As for now saya mahu membeli kereta idamannya.

PENCAPAIAN TERBESAR SEPANJANG TAHUN LALU?

Dapat berlakon di bawah arahan pengarah Osman Ali.

REVOLUSI TAHUN BARU

Nothing but to be better.

PERKARA YANG ANDA LAKUKAN SETIAP KALI SEBELUM TIDUR?

Membalas kiriman di Twitter, menonton filem atau sekadar texting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.