TAK DIDENGARKAN Kekurangan bukan alasan untuk mereka kuat mengharungi takdir hidup dan cerita hidup mereka mampu menjadi inspirasi kita semua.

EH (Malaysia) - - Dunia Lelaki -

Tidak semua daripada kita dilahirkan dengan sempurna sifatnya. Kekurangan sebetulnya mampu menjadi kekuatan jika kita memiliki kekuatan mental dan spiritual yang tinggi. Lihat bagaimana legenda muzik Stevie Wonder dan Ray Charles berjaya menjadi penghibur R&B yang terkemuka kerana bakat dan kesungguhan yang ada dalam diri mereka. Upacara sukan paralimpik bertaraf antarabangsa antara bukti bahawa walaupun dengan kekurangan fizikal tiada apa yang mampu membuatkan semangat mereka patah. Lihat lima ikon lelaki – the unsung heroes yang hadir dengan aspirasi luar biasa untuk meneruskan kelangsungan hidup. 1

Dilahirkan pada 4 Disember 1982 tanpa anggota badan sempurna, Nick yang kini terkenal sebagai penceramah bebas motivasi dan spiritual membuktikan dengan keinginan tinggi untuk meneruskan kelangsungan hidup tiada apa yang mampu mematahkan semangatnya. Di zaman kecilnya dia melihat kekurangan yang ada sebagai penghalang untuk dia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain dan Nick juga pernah merasakan tekanan akan kekurangannya ini. Sering menyalahkan takdir serta sering merasakan dirinya ditolak masyarakat

NICK VUJICIK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.