ALEX MINSKY

EH (Malaysia) - - Inilah Lelaki -

dan situasi. Namun dia bertuah kerana dibesarkan dalam keluarga yang tidak putus memberikan sokongan untuk dia terus hidup. Nick mula menerima takdir hidup dan mengubah sikap dan mindanya untuk menjadi lebih positif. Pada usia 25 tahun dia berjaya mendapatkan segulung ijazah dalam bidang perancangan kewangan dan akaun. Nick kini berusia 31 tahun dan menjadi penceramah bebas membawa mesej positif kepada pelajar sekolah, kolej sehingga banduan di penjara. Antara kata-kata yang paling diingati oleh insan istimewa ini adalah “Jika anda tidak mampu menemukan magis kehidupan, ciptakan magis anda sendiri” – yang dipetik daripada memoirnya Life Without Limits. kekuatan mental atlet bukan fizikal. Tiada apa yang mampu membuatkan anda kuat jika anda tidak memiliki kekuatan mental.” 3

Bekas tentera laut Amerika Syarikat ini punya cerita berbeza. Dia dilahirkan sempurna seperti insan lain sehingga satu insiden tidak diingini berlaku pada tahun 2009 di mana dia terlibat dalam satu insiden bom ketika bertugas. Menghabiskan masa sehingga 47 hari dalam keadaan koma di hospital membuatkan dia trauma pada awalnya. Dalam satu temu bual bersama ABC News, Minsky memberitahu dia hampir putus asa untuk meneruskan hidup serta mengalami kemurungan yang mengakibatkan dia menjadi seorang kaki botol sebelum semangatnya kembali. Sehingga dia didatangi seorang lelaki yang mengajaknya kembali ke gim dengan tujuan merakam gambarnya. Minsky kembali bersemangat dan saat dipersoalkan tujuannya menjadi tatapan umum Minsky menjawab dia bukan mahu bergelar seorang model tetapi sekadar mahu mengembalikan keyakinan dalam dirinya dan meneruskan kehidupan yang ada. Kini dia tidak lagi mengambil sebarang alkohol dan mahu menjadi inspirasi kepada lebih ramai lagi individu yang mengalami nasib serupa. 4

Atlet paralimpik ini mula bermain bola sepak sejak berusia empat tahun dan menjadi atlet paralimpik sejak dia menuntut di Sunny College of Brockport. Dia berpindah ke California untuk menyertai pasukan bola paralimpik dan pada tahun 2006 percubaan pertama bersama pasukannya menyertai Beijing Games biarpun gagal dalam percaturan tersebut Ahrens terus berusaha keras sehingga berjaya melayakkan diri dalam Copa America Championship dan memenangi pingat gangsa di Paralympic World Cup di Manchester. Berada di posisi pertahanan Ahrens yang berasal dari New York ini merupakan sebahagian daripada pasukan U.S. Paralympic National Team. 5

Dia kehilangan keduadua kakinya ketika berkhidmat sebagai tentera Airborne Division pada tahun 2003. Namun perkara tersebut tidak sedikit pun mematahkan semangat dan terus bangkit dengan memasuki kem Wounded Warrior Project yang membawanya menjadi atlet paralimpik dalam sukan ski sehingga hari ini. Bermula tahun 2008 dia aktif dalam sukan ini dan pada tahun 2010 dia menjadi antara atlet yang terlibat dalam Paralympics Winter Games di Vancouver. Kemudian pada tahun 2013 dia memasuki IPC Alpine Skiing World Championship dan mendapat tempat lima teratas.

CHRIS AHRENS

Layari 5 Jaguh Paralimpik

Dunia.

HEATH CALHOUN

ANTHONY ROBLES HEALTH CALHOUN

ALEX MINSKY

WWW.EH.COM.MY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.