ANTHONY ROBLES

EH (Malaysia) - - Inilah Lelaki -

2

Biar dilahirkan tanpa kaki, Anthony Robles tidak pernah putus asa menggapai citacitanya untuk menjadi atlet gusti yang disegani. Dia memulakan kariernya seawal di bangku sekolah sudah mengatur langkah untuk berjaya dalam bidang ini. Dibesarkan oleh ibunya yang sentiasa berpesan padanya tiada beza antara dirinya dengan orang lain dan jangan sesekali melihat kekurangan yang ada sebagai penghalang untuk dia berjaya. Sering dibuli di masa kecilnya membuatkan dia bangkit untuk tidak lagi menjadi mangsa keadaan. Dengan bantuan sepupunya yang memberi dorongan dan guru di sekolah dia berjaya menjadi pelajar contoh dalam aktiviti sukan. Pada Mac 2011 dia berjaya mencipta rekod NCAA Championship bagi division 125 pound. Dalam satu temu bual bersama ESPN dia ditanya tentang motivasi dan inspirasinya, Robles menjawab minat yang ada dalam sukan gusti ini merupakan pendorong untuk dia meneruskan cita-citanya. Biarpun pada awalnya ramai yang melihat kekurangannya sebagai umpan untuk dia berjaya dan menagih simpati, Robles membuktikan kekurangan tersebut tidak langsung menjadi penghalang. Tambah Robles dalam interview serupa “Sukan ini sebetulnya 90 peratus memerlukan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.