ROAD SHOW EH! 2014

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Roadshow EH! sempena ulang tahun EH! yang ke-15 berterusan lagi sepanjang November lalu. Krew EH! menjelajah ke KL Festival Mall pada 6 November dan menjenguk pula ke Maju Junction pada 13 November.

Mereka yang sudi meluangkan masa bersama kami diberikan majalah EH! edisi lalu dan juga berpeluang membawa pulang beg bingkisan berisi pelbagai item bagi mereka yang menekan butang ‘Like’ di fan page EH! Malaysia.

Permainan ‘Teka Artis Anda’ juga diadakan untuk memeriahkan lagi road show yang berlangsung selama sejam itu. Aktiviti sebegini membuka ruang buat krew EH! mendekati pembaca selain membuka ruang kepada pembaca baru mengenal EH!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.