TAEYANG 2015 WORLD TOUR

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

Bagi anda pengikut dunia K-Pop penghibur yang satu ini bukanlah nama asing. Semakin hangat dengan album keduanya yang menampilkan hit Eyes, Nose, Lips – Taeyang bakal menggegar Stadium Negara pada 7 Februari ini. Tiket yang mula dijual pada Disember lalu bertempat di pusat beli-belah Paradigm dilaporkan terjual 50 peratus pada hari pertama dan penggemar bintang ini dikatakan beratur sejak jam 6.30 petang sehari sebelum kaunter tiket dibuka. Konsert dibawakan IME Media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.