INTERPRETASI BARU MICKEY MOUSE

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Marc Jacobs mengumumkan kolaborasi edisi terhad bersama artis Damien Hirst dalam menghasilkan rangkaian baju kemeja-t yang menyuntik interpretasi baru pada karakter kartun kesukaan ramai Mickey Mouse. Kemeja-t ini hadir sebanyak 2,500 helai sahaja dalam dua warna iaitu hitam dan putih. Kesemua hasil jualan akan disalurkan kepada badan kebajikan Kids Company. Selain Marc Jacobs, beberapa kolaborasi fun dan quirky bersama watak kartun antaranya Moschino bersama kartun SpongeBob SquarePants dan Barbie, Coach bersama kartun Peanuts dan Joyrich bersama The Simpsons.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.