KEMPEN CSR SIMPLYSITI “DI HATI 2014” KEMBALI

EH (Malaysia) - - Berita Acara + Cantik -

SimplySiti bekerjasama dengan Yayasan IJN, memberikan bantuan kewangan bagi membiayai kos pembedahan pesakit jantung yang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Berganding bahu secara eksklusif bersama Watsons, 5 peratus dari setiap pembelian bernilai RM100 yang dibuat ke atas produk SimplySiti bakal disalurkan ke tabung Program Bantuan Pesakit, Yayasan IJN khas untuk membantu tiga kanak-kanak terpilih iaitu Logasree A/P Vijayan, Andrew Lim Zhan Yi dan Aida Zakiah Binti Mohamed Amin. Dato’ Siti Nurhaliza, Presiden SimplySiti menjadi tunggak utama kempen apabila beliau turun padang dalam Jelajah Satu Impian bagi mendekati pelanggan dan mengajak mereka untuk membeli sambil menderma di lima cawangan Watsons terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.