USIA BERAPAKAH SEPATUTNYA MULA MENGGUNAKAN PRODUK PENJAGAAN WAJAH KHUSUS UNTUK MENENTANG PENUAAN?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Menyedari kepentingan kulit kekal muda dan kesihatannya, Dior melancarkan Capture Totale The New Serum yang menjadi pelengkap kepada rangkaian penjagaan wajah Capture Totale sedia ada. Rangkaian ini diperbaharui dengan pembungkusan yang lebih inovasi dan eksklusif. Majlis pelancaran yang diadakan di Singapura dihadiri wakil EH! dan berpeluang untuk mendekati orang kuat di sebalik pembikinan serum hebat ini.

EH! menemu bual Edouard MauvaisJarvis, Pengarah Komunikasi Saintifik untuk produk penjagaan wajah dan solekan serta jurucakap dunia Dior House dan Brigitte Noe, Pengarah Pembangunan dan Inovasi Galenikal untuk produk LVMH yang bertanggungjawab menyelia formulasi untuk kesemua produk penjagaan wajah Dior. dalam penjagaan wajah sedari muda. Ia mampu membuatkan wajah anda kembali anjal dengan formula unik menggunakan bahan semula jadi yang disemai daripada Dior Garden, Madagascar. Tiada usia yang spesifik kerana persekitaran tempat tinggal, cuaca, cara hidup dan kesihatan dalaman adalah berbeza antara semua orang. Namun, yang sering kami sarankan adalah pada usia 25 tahun. Mungkin ada antara anda yang rasa ini usia yang terlalu muda, namun keadaan persekitaran yang semakin kotor, stres dan cara hidup yang semakin sukar membuatkan kesan penuaan muncul lebih awal dari jangkaan anda.

BAGAIMANA JIKA KEDUT SUDAH KELIHATAN PADA WAJAH?

Sejujurnya, tiada apa yang boleh dilakukan apabila garis halus sudah mula kelihatan pada wajah. Ini bermakna struktur kulit di permukaan bawah sudah terlibat dengan masalah. Justeru, penting

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.