LOCSAMHYO

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Jenama unggul dari Korea ini memahami kehendak wanita yang mahukan kemasan sempurna selepas selesai langkah demi langkah dalam rejim penjagaan kulit. Luminature Essential Finisher dihasilkan khas untuk mengunci khasiat penjagaan kulit anda lantas menghasilkan kulit yang lebih sihat, cerah dan berseri. Buat pertama kali dalam industri kosmetik, produk ‘finisher’ dihasilkan sebagai langkah akhir dalam rutin penjagaan kulit. Dengan penjualan mencecah sehingga RM38 juta pada awal pelancarannya di Korea, tidak disangkal lagi teknologi terbaru ini menjadi produk paling berjaya dalam sejarah 50 tahun Sulwhasoo.

MI-AN

Diterjemahkan sebagai ‘kemasan cantik’. Ia merupakan satu sejarah yang diperkenalkan sejak 1500 tahun lalu dan disempurnakan dengan teknologi terkini Sulwhasoo maka terhasillah Luminature Essential Finisher ini. Ia merupakan kaedah penjagaan kulit yang melambangkan tradisi know-how iaitu sentimentality Korea. Campuran teh hijau dan ginseng merah Korea, adalah bahan utama dalam Luminature Essential Finisher yang berfungsi mencerah, menyinari dan meningkatkan tahap lembapan kulit. Melibatkan proses unik Sulwhasoo iaitu proses Poje, untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan. Ujian klinikal menunjukkan selepas prose Poje, jumlah kolagen meningkat sehingga 21 peratus.

FUNGSI

dan kepercayaan kuno Sulwhasoo Luminature Essential Finisher bertindak dengan merangkum kulit secara lembut untuk membentuk perlindungan semula jadi, dan pada masa yang sama meningkatkan keberkesanan produk-produk lain yang digunakan dengan memerangkap bahan-bahan aktif ke dalam kulit. Lantas menghasilkan kulit yang berseri dan bersinar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.