SELAMAT TINGGAL HAMA!

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

Tahukah anda, lokasi lembap seperti di Malaysia menjadikan berat tilam di rumah menjadi dua kali ganda akibat pengumpulan hama dalam masa 10 tahun? Ia tidak nampak secara mata kasar, namun cukup untuk membuatkan anda tidak selesa. Cuci cadar dalam air panas dan tukar setiap dua minggu sekali. Penggunaan ambal adalah lebih baik daripada karpet yang mudah memerangkap habuk.

CAHAYA MALAP

Ada kajian mendapati, lampu yang terpasang terang di dalam bilik tidur menyukarkan anda untuk mendapat tidur yang nyenyak. Melatonin, hormon yang mengawal kitaran tidur dan bangun manusia bertindak balas dengan suasana gelap. Selain itu, pendedahan cahaya lampu secara berpanjangan pada waktu malam mempengaruhi kualiti tekanan darah, tahap glukosa dalam badan serta kawalan suhu badan.

Dinasihatkan agar tiada televisyen di dalam bilik tidur. Selain itu, elak meletakkan komputer riba, jam loceng elektrik dan pelbagai lagi barangan yang punyai elektromagnet dekat dengan anda ketika tidur. Bukan setakat merangsang sel kanser dalam badan, malah ia mengganggu anda untuk tidur dengan baik.

ELAK SEPAH

Bilik yang bersepah menyebabkan anda stres. Setelah penat bekerja di pejabat dan meredah kesesakan trafik yang menjengkelkan, apa yang anda mahu sejurus tiba di rumah adalah keadaan rumah dan bilik tidur yang kemas. Less is more. Hiasi bilik tidur dengan perincian sederhana dan corak serta rona yang tidak menyakitkan mata. Tambah juga lilin wangi lavender yang bisa merangsang keinginan tidur.

WWW.EH.COM.MY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.