AMBIEN NEGATIF

EH (Malaysia) - - Kerja -

Ramai antara kita hari ini menjalani rutin harian lapan hingga dua belas jam sehari di tempat kerja yang kadang mengundang tekanan. Boleh jadi juga kerana tiada lagi motivasi dan keterujaan melakukan sesuatu yang lebih baik mengakibatkan semuanya semakin tidak berarah. Ada yang keliru antara untuk meneruskan rutin serupa atau mengambil langkah berani melepaskan sahaja tanggungjawab yang ada. Apa yang pasti motivasi juga inspirasi semakin berkurang ia sentiasa boleh dicari gali tetapi itu bukan alasan untuk berhenti.

PELUANG LEBIH BAIK

Dalam dunia yang mana persaingan semakin sengit dan peluang yang semakin berkurangan ini, anda bertuah jika mendapat tawaran yang lebih baik daripada apa yang sedang anda usahakan sekarang. Ingat di mana pun anda berada kepayahan pasti akan ada, dan jangan terlalu memikirkan masalah jika anda mampu lakukan atau tidak kerana jika anda tidak punya kelebihan tawaran baru tidak akan datang semudahnya.

KOMITMEN KELUARGA

Bagi wanita yang sudah berkeluarga pengurusan masa kadang mampu menjadi kekangan dalam memastikan kelancaran kedua-dua komitmen – kerja dan keluarga berjalan baik. Terutama yang baru memulakan keluarga dan memiliki cahaya mata. Kesukaran pada fasa awal untuk membiasakan diri dalam mencuri masa dan mencari kesempatan agar kedua-duanya berjalan baik kadang menemui jalan buntu yang akhirnya mengundang rasa letih badan dan otak. Jika anda tidak punya alternatif mencari penyelesaian kepada masalah ini, komitmen keluarga harus didahulukan dan bersiaplah mencari pekerjaan yang lebih fleksibel agar semuanya berjalan dengan baik.

FAKTOR KESIHATAN

Bagus jika anda bekerja kerana minat tinggi dan keinginan untuk melakukan yang lebih baik setiap masa. Namun jika kesihatan tidak membenarkan anda melakukan apa yang dikerjakan sekarang adalah lebih baik anda mengambil langkah alternatif agar keseimbangan dapat dicapai. Namun jika tekanan kerja mengganggu kesihatan dan tiada apa lagi yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bebanan kerja adalah lebih baik untuk anda mengundur diri dan cari minat lain yang boleh diusahakan.

Bekerja dalam persekitaran yang negatif hanya akan mengundang tekanan kerja. Terutama jika anda masih baru dan dipenuhi dengan senior yang suka tunjuk bagus dan mengarah tidak tentu pasal. Persekitaran kerja yang positif dan ceria penting dalam memastikan kelancaran kerja. Jika tiada apa yang mampu anda lakukan tentang persekitaran tersebut ini masa yang tepat untuk mencari tempat yang lebih sesuai.

TAWARAN VSS

Volunteer Separation Scheme (VSS) atau Pemberhentian Secara Sukarela yang ditawarkan oleh majikan boleh menjadi alasan baik untuk anda berhenti dan melakukan sesuatu yang lebih cerah untuk masa depan. Beberapa faktor harus dipertimbangkan sebelum menerima bulat-bulat tawaran tersebut seperti pembahagian pampasan yang berbaloi dengan tahun anda berkhidmat. Harus ada pelan bijak agar duit pampasan yang diterima tidak dibazirkan begitu sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.