TELEFON PINTAR ADALAH KEHIDUPAN

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

enurut seorang teman menjadi bujang hari ini bukan masalah besar sebab dalam diam sebenarnya kita bercinta dengan alat atau peranti atau sebut sahaja telefon pintar. Berkepit 24 jam tanpa putus bukan masalah. Jika tidak menelek Instagram atau Facebook masa dihabiskan berchatting di WeChat, Viber, WhatsApp atau Kik dan kalaulah bateri telefon habis paniknya macam putus nyawa. Semuanya ada di dalam hanya sebuah peranti digital tersebut – baik dan buruk juga rahsia dan bukan lagi rahsia.

Perbualan tersebut membawa saya kepada artikel Alyson Kruger yang ditulis untuk laman web Forbes yang bertajuk New Dating Rules: Break-Ups Through Text OK, Playing Hard To Get Not OK. Dalam satu perenggan artikelnya, Krueger menulis cara hidup manusia hari ini diganti sepenuhnya oleh teknologi. Akses mudah di hujung jari. Cakap apa sahaja nak makan, tempah tiket wayang, penerbangan malah memutuskan hubungan semuanya di hujung jari. Tiada lagi nilai dalam pertimbangan dan seringnya berhujung dengan kekesalan. Tulis Krueger lagi selepas era chatting di komputer kebangkitan mobiliti digital mengawal setidaknya 60 peratus daripada setiap keputusan dan tindak tanduk yang kita lakukan.

Kajian dilakukan ke atas 1,500 lelaki dan perempuan bujang di Amerika Syarikat oleh Spark Networks menemukan beberapa hal penting yang boleh dijadikan bahan fikir tentang sikap, pemikiran dan keinginan generasi muda hari ini. Penemuan ini dilakukan ke atas mereka yang berusia antara 21 sehingga 50 tahun dan hasilnya:

Seramai 44 peratus daripada responden mengakui membuka aplikasi online dating adalah perkara pertama yang mereka lakukan bagi memulakan hari mereka. Dan 50 peratus daripada responden yang berusia antara 21 sehingga 26 tahun menyatakan mereka tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan untuk bertemu dengan kenalan baru yang dikenali menerusi media sosial. Manakala 68 peratus daripada responden mahu berbual terlebih dahulu menerusi telefon, bertukar gambar peribadi dan berbual sebelum memutuskan untuk bertemu empat mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.