‘GHOSTING’

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

Perbahasan tentang perhubungan di era digital ini membawa kepada fasa dan terma yang berbezabeza. Saya menemukan artikel bertajuk Generation Ghost: The Fact Behind the Slow Fade bercerita tentang terma GHOSTING. Apa itu Ghosting? Ia juga disebut sebagai slow fading atau M.I.A – bagaimana seseorang individu melarikan diri daripada hubungan tidak jelas yang dijalin. Kerana apa? Sudah tentu kerana tiada lagi keinginan untuk meneruskan perhubungan yang dijalin. Hal ini paling mudah terjadi atas faktor tiada satu ikatan secara verbal yang valid untuk menghalang seseorang itu daripada berlalu secara senyap dalam hidup kita. Etikanya? Berbalik pada hujah awal saya tadi – akses mudah dan pilihan yang terlalu banyak dalam melunaskan keinginan atau impian. Tiada siapa yang salah atau pun patut dipersalahkan dalam hal ini. Semuanya bergantung pada diri dan jika teman yang anda kenal menerusi aplikasi online dating tadi tidak lagi mahu berhubungan, anda tidak punya hak apa-apa untuk mempertikaikan apa yang dilakukan oleh teman tersebut. Berbalik pada terma blurred lines – antara ya dan tidak. Tapi percayalah bila Ghosting berlaku pada anda, jawapannya ada pada perasaan anda.

Jessica Samakow dalam artikel Ghosting: The 21st Century Dating Problem menulis jika hal tersebut berlaku padanya dia hipotesis yang boleh dilakukan adalah jelas di mana lelaki tersebut tidak lagi berminat meneruskan perhubungan dijalin semusim itu. Jessica turut memberi hujah tentang eksklusiviti yang semakin kurang bila pilihan semakin mudah dan banyak – exclusivity is tough when you can always find something better. Dan salah satu faktor mengapa Ghosting terjadi adalah kerana isu kepercayaan yang tipis. Anda sendiri tahu betapa mudahnya memulakan salam ‘Hi’ atau ‘Hello’ dan bagaimana memutuskan tanpa perlu berkata apa-apa sehingga the next Hello datang menawarkan pengalaman serupa.

PAPARAN SATIRA MODEN PASANGAN MUDA YANG JUGA REALITI HARI INI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.