MENCARI PASANGAN SEMUSIM ATAU SEHIDUP SEMATI?

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

Saya tertarik dengan tulisan Annie Stevens menerusi artikel The New Dating Rule #1 yang mana dia mempersoalkan cara kita mencari cinta hari ini. Semuanya samar dan tidak jelas yang datang dengan agenda sekadar mahu mencuba dan mengisi masa terluang yang ada. Apa yang lebih pelik kita tidak pernah lelah mencuba dari satu hati ke hati yang lain tetapi mudah lelah untuk setia dan mencuba menerima seadanya. Tambah Annie lagi love is all about acceptance dan saya setuju dengan pernyataan yang ditulis itu – menerima dan memperbaiki bukan sekadar mengharap sesuatu yang sempurna tetapi bekerja untuk menyempurnakan satu-satu hubungan yang dijalin. Jika tidak ia hanya mampu jadi cinta semusim dan di musim yang lain tanpa kita sedar kita hanya jatuh cinta pada jasad berbeza tetapi secara spiritual dan mental semuanya masih serupa. Mystery is what keeps us interested in those early stage of dating and it fades once the first flushes of romance settle into a deeper connection tulis Annie lagi yang saya kira patut dijadikan bahan fikir untuk anda semua yang masih sendiri dan ‘keliru’ mengapa anda masih bujang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.