“Finding a partner is a goal. Anda harus jelas dalam apa yang anda cari. Jika tidak, semuanya pasti tidak akan menjadi seperti yang dirancang.’’

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

YA ATAU TIDAK

Hanya ada satu jawapan yang pasti sahaja diperlukan mahu atau sebaliknya. Jika anda lihat pasangan berada di zon tengah antara ya atau tidak nasihatnya mudah sahaja. Lupakan dan cari yang lain – “Don’t chase for a fickle minded guy. They mostly opportunist (in a bad way).”

“Finding a partner is a goal. Anda harus jelas dalam apa yang anda cari. Jika tidak, semuanya pasti tidak akan menjadi seperti yang dirancang.’’

JANGAN BER’JENIS’

Punya ciri-ciri khusus yang spesifik hanya membuang masa anda. Ingat perhubungan adalah satu aturan mencapai kesempurnaan bersama tetapi malangnya ramai yang bujang pada hari ini hanya mengharap putera raja dunia digital datang dalam hidup mereka tanpa cela. Mana mungkin pungguk di rimba akan dipandang merak kayangan. Megan Karnes seorang kaunselor dari London memberitahu anda tidak akan mungkin dapat menemukan jejaka diidam dalam hidup kerana 90 peratus daripada realiti hidup tidak menawarkan kesempurnaan dalam merealisasikan sesuatu. Dan andai kata anda bertemu dengan individu sempurna yang anda bayangkan sekalipun belum tentu dia adalah individu yang tepat mengisi ruang hidup anda. Fikirkan apa yang anda perlukan dengan apa yang anda inginkan. Menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mendapat replika sesempurna Channing Tatum dalam filem Magic Mike mungkin impian sempurna tetapi itu bukanlah apa yang anda perlukan dalam hidup.

BERHENTI MENCARI

Fokus pada diri sendiri terlebih dahulu dan capai apa yang anda inginkan dalam citacita. Seorang penulis blog berasal dari Amerika Syarikat menulis dalam portalnya - “Saya cuba melarikan fokus terhadap cinta semusim ini dengan memberi lebih ruang untuk mencapai kepuasan dalam diri. Ini kerana impian dalam cinta adalah hal di luar kawalan. Anda tidak boleh mengusahakan sesuatu yang anda inginkan jika pihak kedua tidak mahu melihat apa yang diinginkan menjadi realiti. Jadi saya melangkah untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.” Ditakdirkan dalam perjalanannya mencapai apa yang dikehendaki itu dia bertemu dengan seorang lelaki yang kini suaminya. Biar tidak sesempurna impiannya tetapi ia nyata lebih baik berbanding lelaki dia temui menerusi aplikasi telefon pintar yang digunakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.