ALAM KETIGA:

EH (Malaysia) - - Santai Kota -

Khai memeriksa kunci pagar. Siap menambah mangga untuk rasa lebih selamat. Kunci mangga itu Khai genggam dalam tangannya. Tak mahu lepas. Dengan memegang kunci itu, Khai rasa lebih terjamin.

Khai juga mengambil sebilah pisau yang agak besar dari dapur. Dia letakkan pisau itu di tepi bantalnya. Betul-betul sebelah tempat dia berbaring untuk tidur.

Dengan kunci kondo yang masih tergenggam dalam tangannya, Khai perlahan-lahan memejamkan mata.

Tiba-tiba, satu bau yang sangat harum menerjah hidungnya. Bau bungabungaan. Terutama sekali bunga mawar. Khai membuka mata. Mengangkat tubuhnya lalu turun dari katil. Hidungnya kembang kempis mencari dari mana datang bau wangi yang begitu kuat itu. Sambil mencium, sambil kaki Khai melangkah mengikuti arah punca bauan itu. Sehinggalah dia berdiri betul-betul di hadapan pintu kondo.

Khai membuka pintu itu. Ada sebuah kole air bunga. Di sekeliling kole air bunga itu pula, ada sedikit tanah yang bertaburan. Khai cepat-cepat menutup semula pintu.

“Dia orang ni dah melampau!” bentak Khai seorang diri.

Dia masuk semula ke dalam biliknya. Mencapai telefon bimbit untuk menghubungi polis. Sebaik talian disambungkan, beberapa suara muncul serentak. Membacakan talkin ke dalam telinganya melalui telefon itu.

Khai membaling telefon itu ke dinding. Sebaik telefon tersebut mencecah dinding, dinding itu berubah menjadi tanah. Begitu juga dengan lantai yang Khai pijak. Keseluruhan biliknya bertukar kepada tanah merah yang basah.

Tak semena-mena pula, keempat-empat dinding bilik itu mula bergerak. Semakin lama semakin mendekatinya yang sedang berdiri di tengah-tengah. Kian lama kian merapatinya. Menghimpitnya.

Khai menjerit sekuat hati. Namun tak ada siapa yang dengar. Apabila dindingdinding itu sudah begitu dekat dengannya, Khai duduk dan membaringkan tubuhnya. Jasadnya yang dari tadi meronta-ronta, berhenti bergerak. Kini hanya keras dan kaku. Khai sudah tidak mampu berbuat apa. Tangannya terkiam dan kakinya terikat. Hanya wajahnya yang terbuka untuk melihat tanah yang bakal menciumnya. Keseluruhan tubuhnya yang lain, sudah dibaluti kain kafan.

KEESOKAN PAGINYA:

Khalilah berjalan lemah. Melalui batubatu nisan yang diam. Sebaik sampai di tempat anak lelakinya bersemadi, Khalilah terkejut. Ada bangkai seekor kucing hitam berdekatan dengan kubur Khai. Khalilah membuang bangkai tersebut, lalu mencuci permukaan tanah yang sedang menyimpan anaknya, sampailah tiba waktunya apabila dia akan bertemu lagi dengan anaknya itu. Waktu bila… kita semua akan bertemu lagi.

Ini sudah hari ketiga Khai meninggal dunia kerana bunuh diri. Khalilah pun tak tau kenapa. Mungkin kerana rasa bersalah yang terlalu menguasai diri sampaikan Khai hilang pertimbangan. Itu sahaja yang Khalilah boleh agak. Memandangkan Khai memilih untuk mati dalam cara yang sama seperti wanita yang dia sakiti beberapa bulan lepas.

Khalilah menuangkan air bunga dari pangkal hinggalah ke kaki kubur. Di antara kedua buah nisan.

Tiba-tiba, Khalilah ternampak sesuatu yang berkilauan di atas kubur Khai. Sebatang kunci. Kunci itu bertanda dengan nombor unit kondomunium Khai. Khalilah menyimpan kunci itu di dalam beg tangannya. Niatnya ingin memulangkan semula kunci tersebut pada ejen hartanah. Tak guna menyimpannya lagi. Kunci

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.