SEBENARNYA MENGAPA HAL INI TERJADI?

EH (Malaysia) - - Inilah Lelaki -

iri lelaki lain. Kegilaan ini menjadi bahan bual hangat penulis sosial dunia yang memandang lelaki hari ini semakin berani dan mengelirukan.

Hujah Mark Simpsons dalam artikel yang ditulis buat The Telegraph menulis kombinasi porno, selfie dan media sosial mencipta satu lagi kegilaan sosial yang tidak masuk akal. Manusia menjadi semakin self-centered dan tidak lagi kisah menjadikan diri mereka sebagai bahan tontonan umum. Lelaki hari ini semakin kuat gen feminin bagi saya. Alaminya hanya wanita sahaja yang obses menjadi seksi, daring dan menjadikan tubuh mereka sebagai aset. Sama ada untuk memikat lelaki, menjadikan wajah rupawan sebagai modal mendapat pendapatan dan mungkin juga untuk perkara lain yang mungkin salah tetapi bukan lagi tabu dalam masyarakat.

Hari ini lelaki juga begitu. Semakin sibuk membina imej diri sempurna yang biar kadang kabur agendanya. Sama ada untuk menunjuk atau kepuasan sendiri tetapi apa yang pasti semuanya adalah untuk mengambil perhatian dan dek kerana dahagakan perhatian. We live in the world that someone’s approval is matter – tulis Jade Marzain dalam artikel Seeking to be Understood: The Need for Approval. Jika anda memiliki banyak Followers dan Likes maka anda telah berjaya menarik perhatian dan sekali gus mendapat approval daripada a total stranger menyatakan secara non-verbal apa yang anda lakukan itu adalah valid atau sah pada pandangan masyarakat.

Satu kajian yang dilakukan di United Kingdom baru-baru ini mendapati lelaki di negara tersebut menghabiskan masa secara purata sehingga 335 hari di depan cermin berbanding wanita dalam masa setahun. Mark Simpsons dalam artikel serupa menulis beberapa ciri utama lelaki yang dikaitkan dengan spornoseksual. Antaranya keyakinan mereka memuat naik gamba tanpa berbaju atau separa bogel tanpa segan, kadangkadang aksi mereka boleh menjadi surreal atau disebut Simpsons sebagai hyper real. Penting untuk mereka tahu siapa Follower dan dengan memiliki aplikasi khas untuk melihat individu yang un-follow dan selepas itu akan menekan butang Block This User supaya mereka tidak lagi boleh stalk setiap gambar baru yang dimuat naik. Akhir sekali tulis Simpsons - It’s not just about the tits and abs it’s also about the ass. Apa yang pasti tubuh badan idaman bukan lagi isu asas wanita kerana lelaki hari ini juga obses dengan tubuh sendiri. Memiliki tubuh kekar dan berbentuk dijadikan modal untuk didamba dan menjadi bahan bual.

ZAC EFRON

Ikon metroseksual seperti David Beckham dan Cristiano Ronaldo dilihat sebagai pencetus kepada budaya spornoseksual ini. Aksi mereka dirakam rumah fesyen dunia dalam keadaan separa bogel untuk kempen Emporio Armani dan H&M buat Beckham dan CR7 jenama pakaian dalam Cristiano Ronaldo tanpa sedar menyumbang kepada fenomena ini. Semua mahu memiliki badan idaman seperti yang dimiliki dua ikon sukan bola sepak ini yang hari ini menjadi ikon seksual baik lelaki mahupun wanita.

Dalam satu artikel laman web AskMen. Com menulis lelaki juga sama seperti wanita – mereka memiliki ikon yang dijadikan contoh dan akan berusaha untuk menjadi seperti mereka. Dalam laman web serupa mendapati ramai lelaki hari ini melihat imej yang dibawa Ryan Gosling sebagai rujukan. Semuanya gara-gara aksi tanpa bajunya dalam filem Crazy, Stupid, Love (2011) yang menampilkan Gosling sebagai lelaki metroseksual yang menjadi dambaan ramai wanita. Jadi saya kira ia berbalik kepada obsesi peribadi individu akan apa yang mereka mahu pada diri mereka.

NICK JONAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.