ROAD SHOW EH! PENUTUP 2014

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Road show EH! sempena ulang tahun EH! yang ke-15 tahun ini berakhir di dua lokasi. Krew EH! menjelajah ke Amcorp Mall pada 5 Disember dan singgah pula ke ALamanda Putrajaya pada 12 Disember.

Mereka yang sudi meluangkan masa bersama kami diberikan majalah EH! edisi lalu dan juga berpeluang membawa pulang beg bingkisan berisi pelbagai item bagi mereka yang menekan butang ‘Like’ di fan page EH! Malaysia.

Permainan ‘Teka Artis Anda’ juga diadakan untuk memeriahkan lagi road show yang berlangsung selama sejam itu. Aktiviti sebegini membuka ruang buat krew EH! mendekati pembaca selain membuka ruang kepada mereka yang tidak mengenali EH! untuk lebih ‘mesra’ dengan EH!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.