SCORPIO

EH (Malaysia) - - Horoskop -

ARIES

Seperti yang semua ketahui, cinta dan cita-cita tidak pernah boleh berdamping seiring! Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan jika anda cuba untuk fokus pada keduanya. Justeru, lupakan sebentar mengenai cita-cita serta nikmati cinta yang ada di depan mata.

TAURUS

Kenali pasangan dengan lebih mendalam. Komunikasi adalah medium penting dalam setiap perhubungan, anda dan si dia bisa merungkai masalah yang tidak terlihat jelas. Selain itu, jangan biarkan hubungan berlangsung bosan tanpa ada pembaharuan mahupun perkara baru yang ingin dicuba bersama. Cinta itu perlu sentiasa dibajai walau ia sudah jadi milikmu. melukakan jiwa? Mungkin juga dek desakan pasangan yang menuntut anda untuk kekal dalam komitmen perkahwinan? Bawa bertenang. Buat keputusan dengan bijak, dan bukan hanya mengikut kata hati.

LEO

Perjalanan hubungan cinta sejati bukan selalu indah dan pasti ada pasang surutnya. Hubungan cinta dan si dia sedikit goyah, namun janganlah sampai bertindak hingga memutuskannya! Sebaiknya, kalian ambil masa berjauhan sebentar dengan pasangan. Setelah reda, berbincang kembali apa permasalahan yang timbul dan selesaikan dengan hati terbuka.

Apa rahsia cinta yang terpelihara keluruhannya? Cintai diri sendiri. Bagi yang sudah punya kekasih di sisi, seimbangkan masa untuk membahagiakan si dia dan juga masa rehat untuk diri sendiri. Untuk mereka yang baru patah hati, jangan terlalu mengikut emosi. Bertenang dan cuba bawa diri sebentar bercuti dan rehatkan minda. Ingati orang sekeliling yang menjadikan anda sebagai keutamaan seperti ahli keluarga dan rakan-rakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.