Depresi

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

seperti halusinasi, paranoid, masalah tidur, pemikiran terlampau dan perlakuan yang membimbangkan. Ia turut mengurangkan kualiti hidup seperti masalah sosial, tidak bisa bekerja dengan baikkemungkinan juga hilang pekerjaan, tidak fokus.

Keluarga:

Stres, tidak bahagia, bimbang terhadap pesakit, ada juga penjaga yang perlu berhenti kerja demi menjaga pesakit, dan menjauhkan diri daripada orang ramai serta rakanrakan (masalah sosial).

Komuniti:

Mengganggu keharmonian sejagat (seperti kekasaran atau salah faham yang berlaku antara masyarakat dengan pesakit mental).

Simptomnya terlihat jelas dari segi fizikal mahupun emosi. Antaranya keletihan melampau, tidur terganggu, hilang selera makan dan berat badan turun mendadak, sukar untuk fokus, memori terhad dan keinginan seks berkurangan.

Kemurungan mania

Mengalami perubahan emosi ketara. Antara simptom: terlalu banyak bercakap, boros, tidak takut risiko dan tidak berfikir akibat sesuatu perkara, insomnia dan punyai simptom lain seperti depresi.

Kebimbangan

Sering terjadi kepada umum. Masalah jangka masa panjang seperti tinggal dalam rumah yang sempit dan ramai boleh menyebabkan stres. Malah, dalam situasi yang membahagiakan seperti berkahwin dan bertukar kerja juga boleh menyebabkan kebimbangan. Mereka yang punyai kebimbangan melampau mengalami simptom tertekan sepanjang masa, punyai masalah tidur, mulut kerap terasa kering dan tidak mampu untuk bertenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.