DIANA DANIELLE

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

“ORANG INDUSTRI LAKONAN TIDAK BERSATU”

S elepas melahirkan permata sulungnya, Muhammad dua tahun lalu, langkah penghias muka depan EH! edisi ini sedikit perlahan. Tidak banyak yang diperkatakan tentangnya, sekadar satu dua filem lakonannya menjengah pawagam. Namun itu tidak bermakna Diana terus tenggelam, dia punya agenda tersendiri dan dia berjaya membuktikan walaupun fokusnya hari ini lebih kepada hal berkaitan rumah tangga, dia masih relevan dalam dunia hiburan Malaysia. Dan kerana itu jugalah kami berasakan tidak salah kami meletakkan wajah pan-asian ini sebagai penghias muka depan EH! bukan sekian kalinya. Filem Kami Histeria yang menghiasi layar perak tempatan antara filem yang menonjolkannya sebagai watak utama lewat lalu, dan filem itu diterima baik penggemar filem ringan.

Pagi itu, Diana datang awal, lebih awal dari kami yang lain. Datang sendirian, Diana sempat singgah membeli kopi dan beberapa sajian sebagai sarapannya pagi itu.

“Saya keluar rumah awal sebab takut jem,” ujarnya. “Mengapa tak bawa Muhammad?” tanya saya lagi. “Susah sikit. Kadang-kadang memang saya bawa Muhammad kalau keluar bekerja, tapi saya fikir tak semua studio kids

friendly. Nanti, tahu-tahu Muhammad dah panjat tangga. Dia lasak sekarang,” tambahnya sambil membuka kek yang dibelinya tadi. Kongsi Diana dengan saya, setiap hari dia mesti mahukan kopi dan dia sangat pentingkan sarapan.

“Saya suka sajian breakfast ala Amerika seperti sosej, hash brown,

scramble eggs dan kadang-kadang berserta salmon.” Bilang Diana pada saya, sebolehnya dia akan sediakan sendiri sarapannya. “Kalau you tanya apa perkara pertama yang saya fikir bila bangun tidur, yes I would say breakfast. Saya memang utamakan sarapan.”

“Saya mulakan hari dengan meminum air suam yang diperah lemon. Jika punya masa saya akan sediakan jus. Biasanya saya akan campurkan tiga jenis sayursayuran, celery, tomato dan timun dan sedikit halia. Dan kalau nak sedikit manis, saya campurkan lobak dan sedikit buah- buahan. Cubalah, ia memang membantu untuk brighten your skin.”

“Farid benci sayur, dia memang tak makan sayur. Tapi Muhammad okey. Dia tak ada masalah,” selit Diana.

Diana juga sempat berkongsi rahsia kecantikan keluarganya. Pesannya pada saya, kalau nak kulit nampak berseri cuba amalkan minum jus avokado. “Campurkannya dengan madu. Kadangkadang bila balik bekerja lewat, kita dah tak larat nak cuci mekap bersih-bersih, adakalanya terus tidur sahaja. And I

realize, bila saya amalkan jus avokado ia betul-betul membantu menyihatkan kulit saya.”

DIANA DANIELLE HARI INI

Diana Danielle, usianya baru menjengah 23 tahun November tahun lalu. Dan pada usia yang saya kira masih muda ini dia sudah menggalas pelbagai tanggungjawab. Jika rata-rata gadis seusianya ada yang masih berada di kolej atau baru sahaja keluar masuk bilik temu duga, dia sudah boleh dikatakan selesa dengan kehidupannya. Mula ‘berkampung’ di set penggambaran sejak usia remaja lagi, Diana hari ini boleh menarik nafas lega melihatkan situasi kehidupannya hari ini. Selain memiliki kerjaya yang saya kira sudah stabil (dengan tawaran lakonan dan juga pelantikan sebagai duta pelbagai produk), kehidupan peribadinya juga cukup indah. Perkahwinan dengan aktor Farid Kamil pada tahun 2012 hari ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata tunggal mereka, Muhammad. “Apa yang Diana cukup rindu about

being single?,” tanya saya pada wanita kelahiran Amerika Syarikat ini. “Saya rindu untuk punya lebih banyak masa untuk keluar, selain mahu berasa bebas. Saya rindu untuk buat benda-benda untuk diri saya sendiri. Saya rindu bagaimana saya berasa bebas tanpa perlu risau tentang anak, hal-hal di rumah dan sebagainya.”

“Tetapi, jujur saya katakan saya bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini. Saya telah temui seorang yang benar-benar bertanggungjawab. Farid secara zahirnya memang nampak dia seperti seorang yang tidak kisah tetapi sebenarnya dia cukup ambil berat halhal di rumah. Dia pendiam namun dia seorang observer yang bagus.”

“Saya bersyukur kerana pada usia yang baru nak masuk 24 tahun saya sudah berkeluarga. Ramai yang datang kepada saya dan menyatakan betapa bertuahnya saya, punya keluarga dan anak pada usia muda. Kalau orang lain baru nak habis kolej saya pula sudah berasa selesa. Ya lah, mungkin ini nikmat selepas saya berpenat lelah bekerja sejak di bangku sekolah lagi.”

“Jika dulu saya terpaksa korbankan waktu untuk berehat-rehat selepas habis sekolah kerana terikat dengan tanggungjawab sebagai pelakon, hari ini saya boleh berehat sepuasnya,” kongsinya yang mula menghiasi layar perak menerusi filem Idola, arahan Aziz M. Osman.

MAHU SERIUS MENYANYI

Bukanlah sesuatu yang baru, namun sejak kebelakangan ini sudah ada beberapa pelakon yang cuba membuka langkah masuk ke gelanggang dunia nyanyian. Nur Fazura hadir dengan single Sayangi Dirimu, aktres Fathia Latif juga khabarnya merancang mahu mencubacuba menonjolkan bakatnya, begitu juga Sherry Ibrahim. Dan saya tidak nafikan bakat yang ada pada Diana Danielle, namun untuk menambah ‘gelaran’ penyanyi ke dalam profil kerjayanya menuntut usaha yang lebih kerana imejnya sebagai pelakon sudah cukup utuh.

Sekitar tahun 2009, Imran Ajmain pernah muncul dengan single berjudul Radio, dan menariknya lagu tersebut turut menampilkan Diana Danielle dan Nabil Ahmad. Lagu berentak rancak itu sedikit-sebanyak menunjukkan kebolehan Diana menyanyi walaupun tidak sepenuhnya, malah Imran dan Diana pernah mempersembahkannya secara live lagu tersebut di parti ulang tahun EH! ke-10 pada tahun 2009. Menerusi filem muzikal Magika, sekali lagi Diana Danielle menunjukkan bakat

menyanyinya, bersama Mawi, keduaduanya berduet menerusi lagu berjudul Penyembuh Rindu.

Dan keupayaan Diana Danielle menyanyi sekali lagi ditonjolkan menerusi filem Kami Histeria. Filem tersebut menampilkan watak Diana sebagai Laila, yang juga merupakan ketua kumpulan Kami Histeria, sebuah band muzik yang mencetuskan fenomena. Malah tiga tahun dulu dia pernah muncul dengan lagu Di Mana Engkau Sayang untuk filem Hantu Gangster.

Tahun ini, khabarnya Diana mahu lebih serius menyanyi. Menurut perancangan dia bakal menjalin kerjasama dengan Loque (anggota kumpulan MonoLoque). Pelantikan Loque sebagai penerbit ‘produk’ yang bakal Diana hasilkan saya fikir adalah satu bukti bahawa dia benarbenar serius untuk membawa karier nyanyiannya ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya cukup menghormati Loque. Dia orangnya penuh dengan rendah diri tetapi sarat dengan bakat. Saya sukakan muziknya, dia bawakan pembaharuan muzik rock dengan sentuhan seni budaya kita. Percikkan kemelayuan buat karyanya cukup unik dan lebih istimewa. Itu adalah originality yang dia punya. Dia adalah trendsetter dalam muzik kita. I am looking forward to work with him,” tambah Diana sambil membiarkan Khir Khalid ralit menata rias wajahnya.

Jika melihatkan single atau kolaborasi Diana dalam dunia nyanyian sebelum ini, rata-ratanya menonjolkan kebolehan Diana mendendangkan lagu-lagu berentak ballad, namun untuk projek seterusnya Diana mahu menonjolkan kebolehannya mendendangkan muzik rock. Kata-katanya itu tidak mengejutkan saya, kerana lagu-lagu yang didendangkannya menerusi filem Kami Histeria beralun dalam aliran muzik serupa.

“Mengapa rock?,” tanya saya. “Kerana rock adalah genre muzik kegemaran saya. Saya tidak mahu katakan yang saya arif atau familiar dengan muzik rock tapi pada saya ini adalah muzik yang boleh saya explore and push to the limit.”

Tambah Diana dia mahu membiasakan dirinya menyanyi di hadapan khalayak terlebih dahulu dan kerana itu dia mula berjinak-jinak menyanyi bersama

kumpulan muzik untuk showcase kecil. “Bila kita perform di hadapan orang kita akan belajar lebih banyak tentang muzik. Sesi latihan atau rehearsal membuka ruang untuk kita bereksperimen dan tahu sejauh mana kebolehan kita. Rehearsal adalah peluang untuk kita creating

music.”

“Saya mula menulis lagu sejak usia saya sembilan tahun lagi, namun bukanlah secara profesional. Saya percaya jika kita sudah familiar dengan proses yang betul, bakat yang ada akan dipergunakan sebaiknya. Insya-Allah the

time will come,” tambah Diana lagi. Untuk mempertajamkan lagi skil dan mutu vokalnya dia mengupah seorang guru vokal. Kongsinya dengan saya sudah tiga bulan dia menuntut ilmu vokal dengan guru vokal yang berasal dari Filipina itu.

“Jadi lagu-lagu apa yang Diana dengar buat masa ini?,” tanya saya. “Ketika ini telinga saya senang dengan

dark rock music. Misalnya buat masa ini saya cukup enjoy mendengar lagu-lagu nyanyian Banks. Dan kalau ritma pop saya sukakan Kimbra. Pada saya lagu-lagunya interesting, mewah dengan sentuhan pop namun diperindah dengan percikkan muzik jazz.” Pulang sahaja ke rumah saya sempat search lagu-lagu kedua-dua penyanyi yang Diana sebutkan tadi, ya muzik mereka

interesting cuma kurang menonjol di persada muzik komersial.

“Diana ingin dikenali sebagai penyanyi yang bagaimana? Penyanyi rock?,” soal saya. “Kalau boleh saya nak jadi seorang penyanyi yang versatil. Saya mungkin menukar arus muzik saya di masa hadapan, boleh jadi blues dan mungkin juga jazz.”

“Sama macam berlakon, kita tidak mahu terikat dengan satu watak semata. Pastinya kita mahu cabar dan kembangkan kebolehan kita dengan watak-watak berbeza. Begitu juga dengan tugas menyanyi, sebolehnya kita cuba pelbagaikan ritma yang dibawa.”

Diana menambah lagi, “dulu ada seorang komposer cakap pada saya, saya hanya sesuai menyanyikan lagulagu yang bernada rendah sahaja. Sejujurnya saya tak suka orang yang suka cakap apa yang saya tak boleh buat. Dan kerana itulah saya selesa dengan Loque, kerana dia suka push saya untuk buat benda-benda yang saya fikir saya tak boleh buat. Dan insya-Allah, lagu-lagu saya anda akan dapat dengar dalam tahun ini juga.”

DUTA BARU L’OREAL PARIS

Selepas Camelia dan Maya Karin, pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson ini tidak menyangka takhta wajah L’Oreal jatuh kepadanya. Menyandang gelaran duta kepada sebuah jenama yang dikenali seantero dunia adalah impian semua. Dan tidak mudah juga sebenarnya untuk membawa nama sebuah jenama kecantikan global, selain menggalas tanggungjawab menjaga nama baik produk yang diwakili, imej, perjalanan kerjaya lain harus sama cemerlang. Kontroversi? Sebolehbolehnya mahu ditinggalkan di belakang. Jauhi dan elakkan.

“It was very unexpected!,” ujar Diana kepada saya. “Agen saya kata, cubalah. Siapa tahu rezeki kan. Pada awalnya saya tak yakin kerana pada saya off

course mereka mencari seseorang yang aktif, tidak kira menyanyi atau berlakon. Saya pula kebelakangan ini sudah memperlahankan aktiviti lakonan. Namun, sebaik sahaja saya bertemu pihak L’Oreal, I can feel the chemistry. Mereka berikan saya beberapa produk untuk dicuba, mereka mahu tahu sesuai atau tidak. Ya, saya rasakan rangkaian produknya sesuai dengan kulit saya. Saya boleh lihat perubahannya.” Dan siapa mampu menidakkan rezeki yang mahu diberi Allah, Diana disunting menjadi duta L’Oreal Paris untuk rangkaian produk penjagaan kulit mereka sejak September tahun lalu.

“Kalau ada satu produk yang Diana mahu sarankan untuk dicuba, yang mana satu jadi pilihan?,” soal saya. Cubalah L’Oreal White Perfect Total 10. Produk ini memang sesuai untuk anda yang sibuk dan tiada masa untuk sapu pelbagai krim kerana dalam satu jar anda boleh dapat 10 kebaikan untuk kulit,” cadangnya pada saya.

Menguruskan rumah tangga dan dalam masa yang sama punya kerjaya

yang tidak menentu masa, pastinya ruang untuk berehat juga terhad. Tuntutan tanggungjawab yang digalas membuatkan sesetengah wanita terkejarkejar. Saya tanyakan Diana bagaimana dia memanjakan dirinya. Kerana suka atau tidak, kita mesti mencari masa untuk merehatkan diri, sama ada dari segi fizikal atau minda. “I really need massage. Jika letih, saya akan curi masa untuk pergi berurut. Yesterday I had jamming

session, badan saya rasa tegang. Mungkin saya akan pergi massage selepas ini.”

Kongsi Diana dengan saya, jika dia stres, cara terbaik untuk meredakannya adalah dengan berenang. Dan jika punya masa, dia akan pergi bercuti seketika. Ke Port Dickson pun sudah memadai. Cukup untuk dia lari merehatkan diri. “Jika anda stres, buatlah apa yang anda suka, maksud saya your hobbies. Macam saya, saya suka berenang.”

“Diana ada sebut tadi yang Diana cuba memperlahankan aktiviti lakonan, dan dari nada suara Diana, saya boleh rasakan ada kekecewaan di situ.

Frustrated with industry?,” tanya saya. “Ya, memang saya sedikit kecewa. Orang-orang dalam industri lakonan tidak bersatu. Tiada sistem yang solid dalam industri kita. Masing-masing pentingkan diri. Lihat sahaja pada orang-orang atas di dalam persatuan artis, masingmasing bertelingkah. Mereka bercakap dan bertindak tanpa fikir panjang dan

consider apa kesannya di masa depan.” “Jika mereka sendiri dah sibuk bergaduh sesama mereka, macam mana mereka nak bela hak-hak saya dan pelakon lain seperti soal working

hours dan sebagainya. Lihat sahaja pada anugerah, semuanya dipolitikkan dan wujud soal kronisme. Mereka yang ada

PR skills yang bagus dan pandai cakap akan lebih ke depan,” luahnya.

Ya, ada benar apa yang disuarakan Diana itu, jika masing-masing sibuk bercakaran sesama sendiri bagaimana mahu mengurus dan memperjuangkan hak-hak orang di bawah. Masing-masing fokus hal kepentingan peribadi hingga terlupa misi dan visi yang dipikul pabila mereka duduk di kerusi yang lebih tinggi.

“Khabarnya Diana mahu sambung belajar?” tanya saya. “Tidak pasti lagi. Masih 50/50. Walaupun saya tidak seaktif dulu, tapi ada perkara-perkara lain yang perlu saya pertimbangkan. I can’t

really say yes dan tetapkan bila. Niat itu memang ada. Dan saya memang kenal ramai orang yang menyambung pelajaran selepas beberapa tahun bekerja.

Education not only for 20’s kan?”

ujarnya menutup bicara.

MENANGI

HADIAH BERNILAI RM22,000

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.