SEMBAP BAWAH MATA

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

M ata punya kuasa. Mata itu jendela hati, dan dari mata ada kalanya kita tahu pelbagai rasa, cinta, kasih, sayang, benci, marah dan sebagainya. Dan kerana besarnya pengaruh mata dalam melahirkan ekspresi dan emosi, penting untuk kita menjaga kecantikan serta kesihatan mata.

Keadaan sekitar mata yang begitu sensitif dan nipis serta pori minyak yang kurang di sekitarnya menjadikan kesan penuaan bisa muncul dengan lebih cepat berbanding kawasan kulit yang lain. Kawasan kulit di sekitar mata menceritakan keadaan diri anda seperti tidak cukup tidur, amalan pemakanan yang tidak menyihatkan dan alkohol serta menggambarkan perasaan anda dalam keadaan baik atau tidak. Kerana itu, adalah kemestian untuk mengambil berat mengenai kawasan utama yang menjadi perhatian ramai ini.

Ia disebabkan saluran darah yang terlihat jelas pada kulit nipis di sekitar kawasan mata. Cecair serta hemoglobin berkumpul di kawasan ini, sekali gus menyebabkan kesan lebam dan nasal yang tersumbat. Lingkaran hitam juga berlaku kerana anemia. Kulit boleh menjadi pucat kerana kurang tidur, perubahan hormon dek mengandung yang menyebabkan kesan lingkaran hitam lebih ketara. Jenis remedi sesuai: Kehidupan stres adalah antara penyebab sembap. Lihat bahan utama krim mata dan pilih yang mempunyai ekstrak timun atau kafein.

Jenis remedi sesuai: Tidak semestinya badan sihat dan bertenaga bermakna tiada masalah lingkaran gelap di bawah mata. Krim atau serum mata yang mengandungi vitamin C dan vitamin K mampu mengurangkan kesan ini. Boleh juga pilih krim yang mempunyai efek pantulan cahaya dimana ia menjadikan bahagian kulit dibawah mata jadi lebih cerah serta merta.

LINGKARAN GELAP

KULIT DI BAHAGIAN MATA KERING

Jenis remedi sesuai: Krim mata, gel atau serum yang mengandungi minyak zaitun adalah yang paling sesuai untuk masalah ini. Penting untuk pastikan kulit di sekitar mata terjaga kelembapannya kerana jika berterusan kering, garis halus mudah muncul dan sukar untuk menghilangkan kesannya.

KESAN PENUAAN

Jenis remedi sesuai: Guna krim yang dirumus khusus untuk mengelak kesan sukar hilang ini. Adalah lebih baik untuk anda mula menggunakan krim anti penuaan sedari usia 25 tahun ke atas.

Jangan ambil mudah maklumat mengenai produk yang anda gunakan untuk kecantikan serta kesihatan kulit wajah. Air sepatutnya menjadi elemen bahan paling penting dalam krim mata. Untuk menegangkan kulit, krim mata ini mempunyai retinol, AHA atau Vitamin C. Manakala asid kojic serta asid glokolik mampu merawat lingkaran hitam. Untuk krim mata malam mungkin mengandungi vitamin A, C serta kolagen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.