CARA DELEVINGNE DALAM PAPER TOWNS

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

Filem musim panas tahun ini kembali hangat apabila model kelahiran British Cara Delevingne dinamakan sebagai heroin filem Paper Towns. Filem romantik komedi remaja ini merupakan adaptasi daripada novel tulisan John Green yang juga merupakan penulis The Fault in Our Stars. Delevingne digandingkan bersama aktor muda, Nat Wolf yang sebelum ini berlakon dikenali menerusi filem Palo Alto. Filem ini membawa kisah Quentin Jacobsen yang mengagumi seorang gadis bernama Margo Roth. Tanpa diduga satu malam Margo menghendap masuk ke biliknya secara tiba-tiba dan selepas itu satu demi satu momen indah dicipta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.