KISAH BENAR HIPSTER; ; GAYA HIDUP @ MENUNJUKNUNJUK?

Kebangkitan golongan hipster semakin memenuhi industri fesyen, BERPELESIRAN, BERPAKAIAN KONONNYA HIPSTER HEBAT, TAYANG MUKA TANPA ADA TUJUAN HIDUP. MEREKA YANG MEROSAKKAN KONSEP SENI ITU DAN MENJAD

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

Teringat bait skrip yang ditulis Redza Minhat menerusi filem Terbaik Dari Langit dimana perbualan antara dua sahabat mengenai cari kelainan dalam berkarya. ‘I am not trying to be different, I am trying

to be myself.’ Kata-kata ini dilontar Berg, watak yang dilakonkan Bront Palarae apabila diselar kerana terlalu ‘mencuba’ untuk jadi berbeza.

Memang benar, seni adalah universal. Semua orang punya sisi pandangan tersendiri yang kadang bisa diguna pakai, dan ada juga sekadar angan kosong dan tidak matang. Jika A sukakan sesuatu karya seni itu, tidak semestinya ia dipersetujui oleh B. Kerana itu lahirlah pelbagai perkara dan sumber kreativiti yang mewarnai dunia.

Namun, setiap perkara ada ‘rules’ tersendiri. Saya bukanlah seorang yang begitu arif mengenai bidang penulisan, namun semua orang pasti tahu dan belajar mengenai penggunaan bahasa yang betul dalam menulis naskhah; tidak kira ia adalah penulisan ilmiah atau sekadar angan-angan penulis. Sementelah kita adalah orang Melayu, kewajipan untuk menulis dengan tatabahasa dan perkataan yang wujud dalam Kamus Dewan Bahasa adalah penting. Jika bukan penulis yang mengekalkan peradaban bahasa ibunda, siapa lagi yang bisa mempertahankannya.

Saya adalah pencinta novel dan puisi. Menyedari betapa saya bukanlah penulis yang begitu hebat dan masih banyak perlu dipelajari, saya gemar menyertai pesta puisi dan membaca karya orang lain agar dapat menambah ilmu dalam bidang ini. Seperti yang diketahui, bidang penulisan tanah air semakin berkembang dan syarikat penerbitan buku juga semakin bertambah. Jika dahulu, hanya Dewan Bahasa dan beberapa penerbit tempatan yang menghasilkan seleksi buku dengan rekaan kulit yang tidak semenggah, walau isi kandungannya begitu hebat sekali. People do judge a book by it’s cover, right? Kini, penerbit buku tempatan semakin kreatif dalam menghasilkan kulit buku yang lebih

cool dan hip, serta cara pemasaran yang memberangsangkan. Ia turut membuka minda anak muda untuk membaca buku (Malaysia pernah dikatakan sebagai rakyat yang paling malas membaca buku). Selain itu, puisi dan sastera indah memikat hati golongan muda kini dimana trend ini dipelopor Fynn Jamal, penulis puisi di blog peribadi, penulis buku dan kini usahawan

serta selebriti terkenal tanah air. Mereka yang menulis buku puisi dan cerpen kini dilabel sebagai hipster kerana ia adalah sesuatu yang lain daripada anak muda sekarang yang menulis dan membaca novel cinta semata. Ketahuilah, puisi dan sastera telah lama wujud dalam masyarakat Melayu, cuma ia semakin dilupakan dan apabila ia muncul kembali dalam bidang penulisan, ia adalah sesuatu yang ‘rare’.

Lambakan buku puisi serta cerpen di pesta buku yang saya hadiri membuatkan saya rambang mata, tetapi saya terpikat benar dengan satu buku puisi karya penulis wanita muda di bawah label penerbitan

independent. Kulit buku yang kreatif dengan reka letak dalaman yang tidak terlalu banyak perkataan. Saya beli dengan harga RM20 dan mengharapkan yang terbaik. Namun, kecewa apabila tiba ke muka surat 10, saya tutup dan sehingga kini tidak pernah dibaca lagi. Bahasanya begitu rakus mencari identiti sendiri, sehingga terlupa tatabahasa yang betul. Ada juga perkataan yang langsung tidak pernah wujud di dunia ini dimana dia tegar mencantumkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi satu perkataan. Tambahan lagi, penulis ini tidak segan menggambarkan secara terus bagaimana hubungan seks dilakukan di dalam salah satu cerpen pendeknya. Terperinci dan jelas. Jika pun ingin menjadi berseni, tidak perlu menjadikan naskhah penulisannya sebagai cabang pornografi. Jika anda sebagai pembaca, yang mana menjadi pilihan; kulit buku menarik tetapi isi merepek atau kulit buku yang membosankan namun isi kandungan yang begitu bernilai?

Semua orang berlumba ingin menjadi berseni. Semuanya ingin jadi lain daripada yang lain. Mereka merasakan naskhah atau penampilan yang dibawa adalah yang terbaik. Jika dahulu pesta seni (yang mengumpulkan penulis, pelukis, usahawan serta pengkarya seni independent) diadakan demi meraikan kehebatan seni, namun kini ia sudah jadi berbeza dek segelintir anak muda yang menjadikan ia sebagai platform untuk popular. ‘Tak cool lah kalau tak hipster’. Berpelesiran, berpakaian kononnya hipster hebat, tayang muka tanpa ada tujuan hidup. Mereka yang merosakkan konsep seni itu dan menjadikan ia ‘murah’, walhal pesta seni independent bermula untuk pengkarya seni yang tidak diangkat di pentas mainstream untuk melempiaskan dan berkongsi sisi kreatif mereka tanpa ada sebarang tekanan. Mereka menggunakan modal sendiri dan ikatan persahabatan antara komuniti ini begitu kuat kerana masing-masing memahami kepayahan untuk bangkit.

Ada juga pernah saya berdepan dengan situasi yang mana mereka yang cuba untuk ‘be the hipster’. Bagaimana? Mudah. Cuba menerima muzik dan filem yang disukai golongan hipster dan ya, anda sudah menjadi hipster; walaupun genre itu bukan kesukaan mereka.

Sibuk berbicara mengenai hipster itu dan ini, tahukah anda apa sebenarnya hipster? Menerusi Google, ia bermaksud golongan wanita dan lelaki yang mengikuti trend terkini dalam fesyen dan budaya, menjurus kepada trend yang berbeza daripada pentas dunia. Nah, hipster itu apa juga pun masih mengikuti trend. Mereka yang mempunyai konsep hidup berbeza adalah mereka yang jadi berbeza bukan kerana ingin popular atau dipandang tinggi, tetapi mereka yang ikut naluri hati sendiri. Lihat orang itu bermisai lentik dan tebal, mereka juga ingin berjambang sama. Lihat orang buat puisi, mereka juga ingin menulis puisi juga. Apakah itu maksudnya ‘jadi lain daripada yang lain’?

Jika anda ingin jadi lain daripada yang lain, itu tidak bermaksud anda perlu mengubah peribadi diri dan anugerah yang Tuhan beri sedia ada. Be comfortable in your own skin. Mereka yang berjaya menjadi pelopor dalam trend adalah mereka yang tidak merungut dan selesa menjadi diri sendiri. Contoh seperti Wak Doyok. Walau Malaysia adalah negara panas, dia tidak pernah merungut menggayakan sut lengkap sehingga 4 atau 5 lapis ke mana juga destinasinya. Atau mungkin Yuna, gadis bertudung yang tidak perlu membuka hijabnya atau bergaya seksi di majalah untuk berjaya sebagai penyanyi. Ada juga selebriti luar negara seperti Fka Twig yang punya wajah unik dan penampilan tersendiri berjaya menarik perhatian dunia sebagai penghibur. It’s all about being yourself.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.