MILIKI KULIT LEMBAP DENGAN BELLA

EH (Malaysia) - - Promosi -

Berpengalaman lebih dari tiga dekad dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kulit, Bella adalah perintis dalam memperkenalkan rawatan atau sistem yang paling maju, sama ada untuk penjagaan kulit ataupun penyingkiran bulu di negara-negara seperti Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Indonesia dan Filipina.

Di setiap cawangan Bella terdapat pelbagai jenis rawatan muka yang boleh dipilih, dan antara rawatan yang paling sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap ini adalah rawatan Essential Hydrating. Dengan menggunakan Rose Mist Essential Water, ia dapat memulih dan meningkatkan tahap penghidratan kulit dengan serta merta. Kesan Nano daripada Rose Mist ini pula akan menembusi jauh ke dalam kulit dan memberi kesan penghidratan yang lebih lama. Malah, rawatan Essential Hydrating mengandungi faktor pelembap semula jadi, yang mana ia membantu untuk menghidrat kulit secara intensif dan mengurangkan garisgaris halus di muka.

Bagi mereka yang membuat rawatan di Bella, mereka juga berpeluang menikmati rawatan tambahan iaitu Pampering Hand Spa, Heavenly Detox Massage, Heavenly Flora Soothing dan Heavenly Uplifting Massage.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.