CARA MENYEDIAKANNYA:

EH (Malaysia) - - Ubah Gaya -

Mengukus Boleh pilih untuk cara tradisional ataupun menggunakan periuk tekanan untuk mengukus keladi dan kentang sehingga lembut tetapi kekal bentuk kiub yang asli.

Campuran Semasa menantikan keladi dan kentang siap, campurkan setengah santan dengan air, garam, gula dan daun pandan dalam periuk bersaiz sederhana dan biarkan mendidih. Keluarkan kentang dan keladi dari pengukus dan tambahkan ke dalam campuran. Didih dan kacau selama 2 minit. Tambahkan santan yang selebihnya untuk mengekalkan aroma, kacau sekali lagi dan hentikan pendidihan. Hidangkan dengan segera ke dalam mangkuk. Jika anda sukakannya sejuk, letakkan sedikit ais.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.